Seronok dapat anak kedua, Sekali Awal Ashaari terima pula berita duk@…

KETIKA Awal Ashaari bergembira kerana meraikan kehadiran cahaya mata kedua pada Jumaat lalu, keseronokan itu terg4nggu apabila dia kini berdepan sam4n bernilai lebih RM300,000 kerana didakwa mel4nggar kontrak.

Awal selaku defenden didakwa mel4nggar kontrak dengan memberhentikan Naz Carpentry daripada meneruskan kerja pengubahsuaian dan memungkiri perjanjian yang dipersetujui kedua-dua pihak.

Sam4n berkenaan difailkan Naz Carpentry iaitu sebuah syarikat perabot dan hiasan dalaman minggu lalu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melalui firma guaman Hafarizam, Wan & Aisha Mubarak, Advocates And Solicitors.

Awal didakwa mela4nggar kontrak.

Peguam utama Naz Carpentry, Nurul Hafidzah Hassan menyatakan sam4n sivil tersebut adalah yang kedua difailkan terhadap Awal.

“Anak guam berpendapat bahawa Awal tidak mempunyai hak undang-undang untuk mengakhiri kontrak pihak-pihak dan percaya bahawa anak guam berhak menuntut jumlah penuh kontrak akibat pel4ngg4ran tersebut,” kata Nurul Hafidzah.

Naz Carpentry dalam sam4n mereka menuntut deklarasi bahawa Awal tidak layak untuk menuntut pembayaran balik wang pendahuluan berjumlah RM100,000 yang dibayar kepada syarikat tersebut bagi memulakan kerja.

 

Anak guam berpendapat bahawa Awal Ashaari tidak mempunyai hak undang-undang untuk mengakhiri kontrak pihak-pihak.

NURUL HAFIDZAH HASSAN

PEGUAM

Syarikat tersebut juga menuntut lebih daripada RM300,000 dibayar oleh defendan termasuk bagi baki bayaran untuk kerja-kerja pengubahsuaian yang telah disiapkan, pembayaran balik jumlah tajaan yang sepatutnya ditaja melalui pengiklanan dan promosi perniagaan di laman media sosial, baki jumlah keseluruhan yang masih belum dijelaskan, kos upah kerja tambahan dan kos-kos lain.

Selain itu, Naz Carpentry menuntut ganti rugi teladan, kos tindakan dan lain-lain relif atau perintah yang dianggap manfaat oleh mahkamah.

Sementara itu, Pengurus Krisis Naz Carpentry, Saiful Ridzuan dari Saiful Ridzuan Public Relations And Communications berkata, krisis yang dihadapi oleh pengasas dan syarikat hiasan dalaman tersebut memberi anc4man serius terhadap kredibiliti dan perniagaan mereka.

Awal dan Scha baharu sahaja menimang cahaya mata kedua.

“Anc4man reputasi yang dihadapi Naz Carpentry menimbulkan spekulasi yang merosakkan imej, reputasi, jenama peribadi, dan jenama perniagaan syarikat.

“Terutamanya apabila fakta tidak tepat telah tersebar di seluruh negara hanya dalam beberapa minit melalui penggunaan teknologi oleh masyarakat kini,” jelas Saiful Ridzuan.

Pada 13 November tahun lalu, Naz Carpentry mengemukakan sam4n terhadap Awal Ashaari dan menuntut RM3 juta kerana didakwa menjatuhkan imej, jenama dan reputasi syarikat dan pemilik syarikat tersebut melalui media sosial.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon 

Sumber : mStar