Memulakan langkah dalam bidang perniagaan sejak empat tahun lalu, pelakon Zara Zya atau nama sebenarnya, Zainurul Razia Mohd. Zainuddin, 34, mengakui agak terkesan dengan kr1t1kan yang sering dilemparkan orang ramai terhadap dirinya.
Bermula dengan perniagaan pakaian dan seterusnya membuka restoran kedai makanan, menurut Zara ada sahaja perkara yang tidak disenangi oleh segelintir pihak.
Malah katanya, dia sering kali diperl3kehkan oleh masyarakat dan perkara ini juga telah melem4hkan dirinya untuk meneruskan perniagaan.
“Saya tidak tahu kenapa tindakan saya ini sering sahaja dihent4m, salah ke saya berniaga? Padahal ramai saja artis di luar sana yang turut berniaga. Saya pernah bertanya pada umum di laman sosial, sama ada orang di luar sana suka atau tidak jika saya berniaga, kalau ramai yang memberikan komen neg4tif, saya akan berhenti.
“Saya tidak tahu apa niat mereka, kenapa mereka mahu menjatuhkan saya. Mereka fikir selebriti ini terlalu h1na dan tidak boleh berniaga. Saya rasa ramai selebriti yang teraniaya dan menjadi m4ngsa bul1 seperti mana yang saya hadapi.
“Tolonglah, saya dah penat berlakon, takkan saya nak berlakon sampai tua. Perniagaan ini saya buat sebagai cabang lain untuk menjana kewangan. Lakonan hanya minat dan hobi, jadi saya perlukan sesuatu untuk menanggung kehidupan saya kelak,” jelas Zara yang merupakan duta Setulus Ikhlas program Ramadan Raya TV3.
Bercerita tentang Ramadan, jelas Zara dia mempertaruhkan drama bersiri, Pia lakonan bersama Alif Satar dan Naim Daniel. Membawakan watak utama sebagai Pia, Zara percaya drama ini mampu memberikan pengajaran yang baik untuk penonton sepanjang Ramadan ini.
“Drama ini sangat berat, malah terlalu s4rat dengan pengajaran dalam kekeluargaan. Ia menunjukkan bagaimana pengorbanan seorang wanita yang terpaksa menjaga adiknya yang kurang upaya.
“Alhamdulillah, saya terpilih untuk bergelar duta Setulus Ikhlas TV3 dan akan menjalani beberapa program kemasyarakatan bersama mereka sepanjang bulan Ramadan.
“Selain drama, Ramadan ini juga akan saya isi dengan pembukaan restoran baru saya di Mutiara Damansara. Berbeza dengan restoran sebelum ini, kali ini saya hidangkan pelanggan dengan menu masakan Melayu dan ikan bakar,” jelas Zara lagi. – MHE TV
View this post on Instagram
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: MHE TV