Terpaksa solat depan lif, Lufya Omar kesal surau masih ditutup

Menerusi satu entri di Insta Story, pelakon Lufya Omar meluahkan rasa kesal apabila tempat beribadah masih belum dibuka untuk kegunaan orang ramai.

Menurut Lufya, berikutan itu dia terpaksa menunaikan solat di berdekatan kawasan lif di sebuah pusat belah. Ujarnya, dia ada bertanyakan kepada para pekerja, namun mereka juga tidak tahu dimana untuk solat.

“Rasa sed1h sangat la macam ni. Kita dah tak dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi tapi surau pun masih tutup! Pergi surau stesen minyak tutup.

“Pusat beli belah yang elite pun sama. Tak ada tempat solat. Ditutup. Tanya pekerja Islam pun tak tau mana nak solat. Akhir sekali solat tempat tercorot depan lif,” katanya.

Dalam pada itu, Lufya turut mempersoalkan mengapa tempat ibadah tidak boleh dibuka sedangkan kelab malam, salon dan gim sudah boleh beroperasi ketika PKP.

Ujarnya lagi, dalam keadaan negara dilanda musibah adalah waktu terbaik untuk mendekatkan diri kepada Allah serta memperbanyakkan majlis agama serta solat hajat.

“Bukan ka sepatutnya dalam kesulitan inilah kita kena banyak muhasabah diri dengan Allah dengan memperbanyakkan majlis agama dan melakukan solat hajat. Ni lain pula jadinya, makin jauh, memang makin banyak la orang yang tinggal solat macam ni.

“Allah kasi bala pada kita sekarang ni. Satu dunia dikelilingi dengan 1 peny4kit yang digeruni iaitu c0v1d-19. v1rus ini sangat la halus tapi bisa membunuh jutaan manusia,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : wowberita