Selain Nicholas Saputra, 4 Selebriti Kacak Indonesia Ini Memiliki Kemahiran Dalam Fotografi

Kebanyakkan daripada selebriti mempunyai hobi mereka sendiri selain daripada berlakon ataupun menyanyi. Menurut Fimela.com, berikut merupakan 5 selebriti Indonesia yang memiliki kemahiran dalam fotografi dan hasilnya sangat menakjubkan.

Nicholas Saputra

via Kiss FM

Jika dilihat di akaun media sosial Nicholas Saputra, jelas sekali menunjukkan bahawa dia sangat suka akan fotografi. Jika dilihat, kebanyakkan gambar yang dimuat naik di media sosial berkaitan pemandangan yang indah dan jarang menunjukkan mukanya sendiri.

Duke Dolken

via Selebriti Male

Menurut Fimela.com, di sebalik kemahiran lakonannya, Duke Dolken juga pandai mengambil gambar. Dia sering berkongsi hasil gambarnya di akaun media sosialnya.

Gading Marten

via Minews ID

Gading Marten merupakan bapa kepada seorang anak yang terkenal hebat dalam lakonan dan bidang nyanyian. Dikatakan dia akan selalu membawa kamera kegemarannya kemana sahaja dia pergi. Dia seringkali memuat naik gambar berkaitan pemandangan dan ahli keluarganya.

Keenan Pearce

via YoTube

Walaupun jarang terlihat Keenan Pearce tampil dengan kameranya, dia juga sangat meminati fotografi. Menurut Fimela.com, gambar hasil tangkapannya yang cantik sering dimuat ke akaun Instagramnya, seperti pemandangan, aktiviti di jalan raya, dan lain-lain.

Denny Sumargo

via Pikiran Rakyat

Denny Sumargo merupakan pelakon hebat yang terkenal dalam filem The Doll, A Man Call Ahok dan sebagainya. Bukan sahaja kacak dan pandai bermain bola keranjang, Denny Sumargo sangat sukakan fotografi dan sering kali menghasilkan gambar yang menarik.

Jelas sekali menunjukkan bahawa hobi dan minat yang mendalam dalam fotografi tidak membataskan selebriti ini melakukan apa yang diminati oleh mereka.

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Murai my