Dipuji Kerana Nyanyikan Lagu Achey, Umairah Warisi Bakat Turun-Temurun

Nyanyian anak saudara kepada penyanyi tersohor Dato’ Sri Siti Nurhaliza iaitu Umairah, semakin mendapat perhatian.

Pada 21 Februari 2021, Umairah atau Umai telah menjadi juara mingguan untuk rancangan Famili Duo yang disertai bersama ibunya, Siti Nursairah.

Mengintai ke laman Instagram Umai, terdapat banyak cover lagu yang dilakukan beliau, semuanya kedengaran merdu.

Pada 1 Mac 2021, pelawak, pelakon dan penyanyi Achey telah memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung)

Video tersebut menunjukkan Umai menyanyikan semula lagu s4kit nyanyian asal Achey.

Lontaran suara daripada Umai memang padu!

Melalui caption:-

“Allahu…. tqtqtq umai !!!!

Sangat talented… berpotensi tinggi

Uncle doakan awak suksess terusss dengan bakat yang awak ada!!… @umairah_sairahtarudin #s4kit” 

Berterima kasih kepada Umai kerana menyanyikan lagunya, Achey memuji bakat yang dimiliki penyanyi cilik itu.

Achey juga mengharapkan bakat tersebut dapat terus dikembangkan pada masa akan datang.

Betul apa yang dikatakan Achey, Umai ini memang berbakat besar.

Ibunya juga bersuara merdu, mungkin sudah bakat turun-temurun.

Apabila terus digilap, bakat ini nanti boleh menyerlah dengan jayanya.

Good luck Umai!

Sumber: Instagram Achey Bocey dan Umairah

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : https://www.hotfm.com.my/hotselebriti-dipuji-kerana-nyanyikan-lagu-achey-umairah-warisi-bakat-turun-temurun/