SEORANG gadis yang merupakan pelajar universiti menjadi perh4tian di laman TikTok gara-gara menginap di sebuah hotel selama enam bulan ketika menjalani latihan praktikal.
Sejak kebelakangan ini h4ngat segelintir pelajar universiti tempatan yang terlibat sebagai ‘sugar baby’ bagi menampung kos sara hidup dan menjalani gaya hidup mewah.
“Ada sugar daddy bolehlah,” komen seorang netiizen merujuk kepada istilah melabelkan seorang lelaki yang menjalin hubungan dengan wanita muda atau gadis dengan menanggung perbelanjaan termasuk yuran pengajian.
Gadis berkenaan, Nurfateha Balqis Basri berkata, dia menjalani latihan praktikal dengan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Johor Bahru, Johor selama enam bulan sejak September lalu dan baru saja menamatkan latihan itu, baru-baru ini.
Balqis berkongsi bil hotel di TikTok.
Pelajar berusia 24 tahun itu memberitahu, pada awalnya dia merancang untuk menyewa bilik di sebuah rumah di bandar itu dengan kadar sewa bulanan sebanyak RM250.
“Bayaran sewa tu tidak termasuk bil air dan elektrik. Itu belum campur kos pengangkutan memandangkan saya tiada kereta untuk ke tempat latihan praktikal.
“Kalau saya naik Grab, sehala lebih kurang RM8 sehala. Jika waktu puncak dengan kesesakan trafik, kadar untuk dua hala boleh jadi kira-kira RM20,” katanya kepada mStar.
Tidak mahu kepala berserabut memikirkan tentang kos, dia yang lebih mesra disapa Balqis mencuba nasib bertanyakan caj penginapan di sebuah hotel berdekatan dengan pejabat itu.
Balqis di hadapan hotel.
“Memang ada elaun latihan praktikal, tapi sebagai pelajar, sudah tentu saya mahu berjimat. Bukan setakat kadar sewa, tapi mengambil kira kos lain seperti pengangkutan.
“Saya dimaklumkan ada pakej penginapan hotel yang murah untuk sebulan. Walaupun kadar penginapan hotel lebih sekali ganda daripada bilik sewa, tapi saya masih dapat menjimatkan ratusan ringgit,” ujar pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segamat itu.
Walaupun ada pinjaman pendidikan dan elaun latihan praktikal, saya perlu fikir sesuatu untuk jana pendapatan sampingan
NURFATEHA BALQIS BASRI
Menurut pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Rekod itu, keputusannya untuk menginap di hotel adalah tepat kerana lokasinya yang begitu dekat dengan tempat latihan praktikalnya.
“Hanya sebelah satu blok bangunan je dengan hotel. Jalan kaki pun hanya ambil masa lima minit. Saya tak perlu fikir untuk keluar awal, tapi saya masih boleh sampai awal ke pejabat.
“Lebih selesa tak perlu berkongsi bilik air dan memang seronok sebab banyak kemudahan di sini dan saya juga bawa lunch box electric yang boleh saya masak nasi dan makanan lain di bilik. Kalau nak order makanan (khidmat penghantaran) pun senang dan jimat,” kata Balqis yang juga berasal dari Segamat.
Balqis membuat penghantaran pesanan chocho jar menerusi khidmat kurier.
Dalam pada itu, anak kedua daripada enam beradik itu berasa lucu terhadap komen-komen segelintir netizen yang membuat andaian dirinya ‘dibel4’ oleh sugar daddy.
“Saya rasa kelakar bila dikatakan ada sugar daddy yang tanggung saya. Saya masih ada mak ayah yang boleh tanggung saya. Lagipun saya ada ambil pinjaman pendidikan.
“Walaupun ada pinjaman pendidikan dan elaun latihan praktikal, saya perlu fikir sesuatu untuk jana pendapatan sampingan. Jadi, saya gunakan sedikit pinjaman pendidikan sebagai modal bisnes menjadi ejen menjual choco jar secara online (dalam talian) sejak Oktober lalu.
“Secara purata, jualan choco jar saya adalah kira-kira 20 balang atau RM300 sebulan. Saya hanya buat secara sampingan kerana masih belajar, nak pos pun senang sebab khidmat kurier juga berdekatan dengan hotel,” katanya.
Basque burnt cheesecake (kiri) dan tauhu begedil yang dijual Balqis.
Siapa sangka gadis ini sebenarnya mempunyai pengalaman berniaga sejak kecil dengan menjual kuih-muih dan nasi lemak yang dibuat ibunya, di sekolah.
“Masa sekolah rendah, mak saya letak kuih dan nasi lemak dalam bakul, yang saya bawa dalam beg. Ada kawan-kawan beli, cikgu pun ada yang membeli.
“Sebenarnya choco jar tu produk orang yang pertama saya jual. Sebelum ni saya buat sendiri tauhu begedil dan basque burnt cheesecake, tapi memandangkan tak ada dapur kat bilik hotel, jadi saya jual apa yang boleh dan mudah untuk saya jana pendapatan sampingan,” katanya.
View this post on Instagram
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : mStar via TTK