PUTRAJAYA menghadapi banyak cabaran untuk mengimunisasi sekurang-kurangnya 50% hingga 60% penduduk pada akhir tahun seperti yang disasarkan di bawah Program Imunisasi c0v1d-19 Kebangsaan, kata beberapa pakar kesihatan.
Cabaran ini melibatkan logistik, bekalan, penyebaran maklumat dan keraguan vaksin, kata mereka.
Mengulas perkara tersebut, Najib Razak sekali lagi dalam hantar beliau di Facebook bertindak mengkr1tik kerajaan
“Setelah program vaksinasi negara bermula 3 minggu dahulu, sebanyak 139,720 orang telah diberi dos pertama vaksin – atau 0.43% daripada penduduk Malaysia.
“Kadar pemberian vaksin pada ketika ini adalah 16,353 suntikan sehari.
“Ini adalah jauh di bawah sasaran kerajaan sebanyak 150,000 suntikan sehari.
“Sebagai perbandingan, 596,000 orang di Singapura (10.5% penduduk) telah diberi vaksin manakala 4,256,457 orang di Indonesia telah diberi vaksin dengan kadar 223,756 suntikan sehari.
“Setakat ini, 28% penduduk negara USA dan 35.2% penduduk UK telah diberi dos pertama.
“Jika Malaysia mampu mencapai sasaran 150,000 suntikan sehari pun, negara hanya akan mencapai 27.3 juta atau 80% penduduk Malaysia diberi vaksin pada bulan Mac tahun depan untuk mencapai imuniti kelompok.
(150k X 365 hari = 54.7 juta dos bahagi dua = 27.3 juta penduduk)
“Itupun sebelum mengambil kira pekerja asing yang juga perlu diberi vaksin.
“Kadar vaksinasi negara perlu dipercepatkan lagi sebab saya rasa ramai rakyat Malaysia tak sanggup tunggu sehingga Mac 2022 untuk negara mencapai imuniti kelompok dan bebas c0v1d.
“U-turn dibuat kerajaan PN semalam untuk melibatkan klinik dan h0sp1tal swasta untuk membantu dalam proses vaksinasi adalah langkah yang tepat.
“Namun, ini belum cukup sebab kerajaan masih tidak ingin memberi kelulusan kepada pihak swasta untuk mencari dan membeli vaksin melalui saluran mereka.
“Saya tetap percaya bahawa bekalan vaksin dunia akan melebihi permintaan tidak lama lagi atas beberapa faktor yang saya sudah hurai beberapa kali sebelum ini.
“Sebab itu, pihak swasta perlu dibenarkan untuk mencari dan membeli bekalan vaksin sendiri seperti di beberapa negara lain termasuk Indonesia.
“Kerajaan tak rugi apa-apa pun selagi vaksin yang dicari pihak swasta diluluskan kerajaan dan WHO.
(Takkan kita nak ragu dengan pihak h0sp1tal dan klinik swasta sebab mereka dah lama memberi suntikan vaksin-vaksin lain kepada bayi-bayi?)
“Kerajaan beli bekalan vaksin sendiri seperti dibuat selama ini manakala pihak swasta juga cuba membeli bekalan sendiri.
“Jika pihak swasta tak berjaya membeli bekalan vaksin yang diluluskan, kerajaan tak rugi apa-apa.
“Jika mereka berjaya maka proses vaksinasi negara mampu dipercepatkan dan beban ke atas pusat vaksinasi kerajaan dapat dikurangkan.
“Selain itu, kerajaan boleh pertimbangkan jika proses memberi vaksin melalui cara drive-thru seperti dibuat di USA dan Indonesia adalah sesuai bagi negara kita” tulis Najib di laman rasmi facebook milik beliau Najib Razak
KJ Masuk Komen Sampai Dapat 5.1K Like
Namun begitu, hantar Najib kali ini mendapat balasan komen dari YB KJ. Setakat artikal ini ditulis, komen tersebut telah mendapat 5.1 ribu tanda suka dan mendapat 806 maklum balas dari netizan
“Salam Dato’ Sri. Terima kasih kerana sering menyentuh soal vaksinasi c0v1d-19. Tapi ada beberapa perkara yang ingin saya jawab disebabkan ada kesalahan fakta dalam post Dato’ Sri ini.
– Kadar suntikan
Untuk makluman Dato’ Sri dan semua pembaca, lebih 90% kumpulan penerima vaksin Fasa 1 adalah terdiri daripada petugas barisan hadapan. Kumpulan ini terikat dengan tugas hakiki mereka seperti kakitangan kesihatan, p0lis dan tentera. Justeru, pemberian vaksin kepada golongan ini perlu diberikan secara berperingkat bagi memastikan tugasan hakiki kumpulan ini tidak terg4nggu.
Jangkaan sehingga 160,000 dos vaksinasi sehari adalah untuk Fasa 2 dan 3 apabila lebih banyak Pusat Pemberian Vaksin dan jumlah vaksinator ditambah dalam fasa ini.
Seperti yang saya umumkan sebelum ini, kita akan menerima sekitar satu juta dos vaksin sahaja pada suku pertama tahun ini. Kadar suntikan akan meningkat apabila masuk suku kedua 2021 apabila lebih banyak jenis vaksin diluluskan NPRA dan penghantaran vaksin daripada pembekal akan menjadi lebih kerap.
Jumlah 160,000 ini juga mampu dicapai apabila beberapa kumpulan yang telah membentuk kluster sebelum ini turut diberikan vaksin seperti kluster penjara dan banduan serta kluster tempat kerja.
– Perbandingan negara
Sehingga 1 Mac 2021, jumlah dos vaksin yang telah diberikan di Singapura adalah sebanyak 525,039. Singapura telah memulakan program vaksinasi mereka pada 8 Januari. Secara purata, untuk tempoh 53 hari daripada hari pertama sehingga 1 Mac, jumlah dos yang diberikan di Singapura adalah sebanyak 9,906 sehari.
Manakala untuk Malaysia, sehingga semalam, sejumlah 166,363 dos sudah diberikan. Ini menjadikan purata dos diberikan sejak Program Imunisasi c0v1d-19 Kebangsaan bermula pada 24
Februari lalu (13 hari sehingga semalam – bukanlah 3 minggu seperti yang Dato’ Sri tulis) adalah sebanyak 12,797 dos sehari.
Jadi perbandingan yang dibuat Dato’ Sri adalah tidak adil apabila tidak mengambilkira jumlah hari program vaksinasi telah berlangsung. Jika mengambil kira jumlah hari, ternyata purata harian vaksinasi di Malaysia adalah lebih tinggi daripada Singapura.
– U-Turn Penglibatan Klinik/h0sp1tal Swasta
Untuk makluman Dato’ Sri, kerajaan tidak pernah membuat u-turn apabila pengumuman penglibatan pihak swasta dibuat semalam.
Daripada awal lagi, PICK telah merancang untuk melibatkan perkhidmatan kesihatan swasta. Ini turut dinyatakan dalam buku panduan PICK. Mungkin Dato’ Sri belum membaca sampai habis buku panduan ini.
Saya juga telah menyatakan perkara ini berulangkali sama ada menerusi program penerangan, siaran akhbar mahupun ketika sidang media. Dato’ Sri boleh Google jika Dato’ Sri ada terlepas pandang.
– Pembelian Vaksin oleh Pihak Swasta
Kerajaan juga tidak pernah menghalang sekiranya ada pihak swasta hendak mendapatkan bekalan vaksin daripada mana-mana pengeluar. Walau bagaimanapun, buat masa ini, kebanyakan pengeluar vaksin hanya mengadakan rundingan bersama pihak kerajaan.
Saya juga ingin menyatakan, apa-apa jenis vaksin yang hendak digunakan di Malaysia perlu mendapat kelulusan NPRA. Saya difahamkan, sehingga kini tiada permohonan telah diterima oleh
NPRA daripada pihak swasta untuk mendaftarkan apa-apa jenis vaksin.
– Pemberian vaksin secara pandu lalu
Pasukan Petugas Imunisasi c0v1d-19 (CITF) ketika ini sedang mempertimbang kertas kerja pelaksanaan vaksinasi secara pandu lalu. Kertas kerja ini telah dibentangkan oleh Akademi Sains
Malaysia (ASM). Jadi jangan khuatir, perancangan ini sememangnya telah ada. Cumanya ia perlu diberi perincian tertamanya dalam soal logistik dan kesan AEFI memandangkan setiap vaksin
c0v1d-19 mempunyai protokol pengendalian yang berbeza-beza.
Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada Dato’ Sri. Semoga jawapan yang saya sertakan ini membantu menambah pemahaman Dato’ Sri tentang pelaksanaan PICK. Saya juga akan mengadakan suatu taklimat khas berkenaan PICK kepada Ahli Parlimen tidak lama lagi. Jemputan akan diedarkan dan saya berharap Dato’ Sri dapat hadir pada sesi taklimat itu nanti.
Reaksi dari netizen
Komen penjelasan dari KJ mendapat sehingga 800 lebih maklum balas dari pengikut Najib Razak
DS Najib Balas Balik
Seperti Menteri Sains KJ, harapan saya juga adalah untuk Malaysia mencapai imuniti kelompok dan bebas C0.vid secepat mungkin dengan kejayaan Pelan Imunisasi negara.
KJ sangkal posting saya semalam bahawa kadar pemberian vaksin negara patut dipercepatkan dengan memberi perbandingan di mana kadar pemberian vaksin Malaysia (12,797 dos sehari) adalah lebih tinggi berbanding Singapura (9,906 sehari).
Namun realitinya ialah jumlah penduduk Malaysia adalah hampir 7 kali ganda saiz Singapura dan mereka telah memulakan pelan vaksinasi mereka lebih awal berbanding Malaysia.
Sebab itu, 6.6% penduduk Singapura telah menerima dos pertama dan 3.8% penduduk menerima dos kedua manakala hanya 0.5% penduduk Malaysia terima dos pertama dan tiada seorang yang menerima dos kedua.
Keutamaan kerajaan ialah BILA negara mampu mencapai imuniti kelompok dan bebas C0.vid.
Keutamaan kerajaan bukan untuk bangga bahawa jumlah dos sehari diberi adalah 28% lebih tinggi berbanding negara yang 7 kali lebih kecil saiz penduduknya.
Bagi negara-negara lebih besar, negara jiran Indonesia telah memberi 4,534,798 dos bersamaan dengan 1.3% penduduk terima dos pertama dan 0.4% terima dos pertama.Pada ketika ini, kadar pemberian Indonesia (228,433 dos sehari) pula lebih tinggi berbanding Malaysia (12,797 dos).
Setakat semalam, negara UK dan negara Amerika Syarikat telah mencapai 33.8% dan 28.22% penduduk diberi dos pertama. Sebab itu, KJ patut terima baik kebimbangan ini bahawa kadar vaksinasi perlu dipercepatkan serta terima kritikan pakar bahawa mungkin tidak dapat mencapai kadar 150,000 dos sehari tanpa penglibatan swasta awam.
KJ juga juga menafikan kerajaan melakukan pusingan U dalam pembabitan klinik serta h0sp1tal swasta bagi Program Imunisasi C0.VID-19 Kebangsaan, sebaliknya berkata, perkara itu sudah dirancang dan dinyatakan dalam buku panduan pelalian manakala kerajaan juga tidak pernah menghalang sekiranya ada pihak swasta mahu mendapatkan bekalan vaksin daripada mana-mana pengeluar.
Sebenarnya ini tidak ditulis dengan jelas dalam buku panduan tersebut. Sebab itu, ramai persatuan kesihatan dan pakar perubatan telah mengeluarkan pelbagai kenyataan sejak vaksinasi bermula untuk menyeru kerajaan melibatkan pihak swasta dalam pelan vaksinasi negara termasuk kenyataan dari Persatuan h0sp1tal Swasta Malaysia (APHM) semalam yang sekali lagi suruh kerajaan membenarkan pihak swasta untuk mendapat bekalan vaksin.
“Menyambut baik langkah itu, Kuljit, bagaimanapun menggesa kerajaan mempercepat proses itu dengan membenarkan penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta mendapatkan vaksin yang diluluskan NPRA mereka sendiri.”
“9 Mac 2021: Vaksinasi bukan pertandingan, biar h0sp1tal swasta buat kerja mereka, kata APHM”
https://www.freemalaysiatoday.com/…/vaksinasi-bukan…/
Jika bukan U-turn, takde lah persatuan itu menyambut baik langkah diumum kerajaan dua hari lalu untuk melibatkan pihak swasta. Dan jika pihak swasta memang dibenarkan untuk membeli vaksin dari dulu lagi, kenapa pula Timbalan Menteri KJ keluarkan kenyataan 4 hari dahulu bahawa kerajaan perlu memonopoli segala pembelian vaksin sehingga mencapai tahap 80% penduduk divaksinasi?
“The limited global supply of C0.vid-19 vaccines has made it necessary for the government to monop0lise vaccine purchase to ensure the success of the National C0.vid-19 Immunisation Programme, said Deputy Minister of Science, Technology and Innovation Datuk Ahmad Amzad Hashim.”
https://www.malaymail.com/…/private-sector-may…/1955484
Sebab itu, kerajaan perlu mengumumkan secara jelas bahawa klinik-klinik swasta seluruh negara dibenarkan untuk memberi vaksin dan pihak swasta dibenarkan untuk membeli vaksin sendiri selagi jenama vaksin tersebut diluluskan kerajaan agar kekeliruan tidak berpanjangan dan persatuan-persatuan serta pakar kesihatan tidak lagi mengeluarkan kenyataan demi kenyataan untuk seru kerajaan melibatkan pihak swasta lagi.
KJ juga kata kerajaan tetap dengan sasaran untuk mencapai kadar 160,000 dos sehari apabila Fasa kedua pelan vaksinasi dimulakan. (Sebelum semalam, KJ kata sasaran ini ialah 150,000 dos tetapi mungkin sasaran telah dinaikkan ke 160,000 dos)
Namun bila kita buat matem4tik mudah, negara hanya akan mencapai tahap 80% penduduk diberi vaksin dalam tempoh masa setahun lagi JIKA kadar 160,000 dos sehari ini tercapai.
Adakah Malaysia patut tunggu sehingga bulan Mac tahun 2022 untuk mencapai imuniti kelompok supaya sekatan rentas negeri boleh ditarik balik seperti diumumkan KP Kesihatan hari itu?
Komen Netizen
Sumber: Najib Razak, KJ
Olahan RJ
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : www.two.e-kesah.com