Setelah genap setahun pemergian arw4h suami kepada pelakon dan penyanyi terkenal Indonesia Bunga Citra Lestari iaitu Ashraf Sinclair, akhirnya selebriti itu berkongsi detik terakhir sebelum suaminya dijemput Ilahi. Lebih seb4k lagi, apabila BCL cuba mengejutkan arw4h berkali-kali namun tiada sebarang respon diberikan.
Peluk tapi tak bergerak
BCL berkongsi cerita detik kejadian pada malam berkenaan apabila dia berdepan dengan situasi sed1h itu melalui sebuah wawancara di YouTube Boy William. Video temubual berdurasi 17:13 minit itu memaparkan BCL kali pertama kongsi pengalaman tersebut secara mainstream buat kali pertamanya.
Saya panggil ‘hey sayang’. Saya civm pipinya, geletek badannya tapi dia masih tak berjaga. Saya peluk tapi tak bergerak. Saya dapat rasakan sesuatu yang pelik. Saya cakap kepadanya ini bukan sesuatu yang lucu.
Awal pagi lagi dia sudah sibuk dengan beberapa mesyuarat. Sebaik pulang dari New York, macam-macam perkara perlu diselesaikan. Saya pula ke program Indonesian Idol.
Letih menjalani ‘cross fit’
Sebelum kejadian, BCL memberitahu mereka saling berbalas pesanan SMS ketika dia keluar ke tempat kerja. Selepas usai menghadiri program Indonesia Idol, dia terlihat arw4h berehat di dalam bilik tidur dan mengadu keletihan selepas menjalani senaman ‘cross fit’ pada waktu petang.
Kami masih berhubung melalui mesej seperti biasa pada waktu tengah hari. Sebaik pulang ke rumah lewat malam saya melihat Ashraf berada dalam bilik. Kami kemudian memilih gambar terbaik untuk single duet saya bersama Ariel Noah berjudul Menghapus Jejakmu untuk platform digital.
Selepas membuat pemilihan gambar, Ashraf beritahu dia letih selepas menjalani ‘cross fit’. Jadi, dia minta izin untuk tidur dulu. Dia kemudian tidur dan saya ke bilik mandi. Selepas itu, saya kembali semula ke bilik. Saya kejutkannya, tapi dia tak bangun.
Video wawancara
Tambah BCL lagi, pada malam kejadian dia sedaya upaya mengejutkan arw4h suami berkali-kali sebelum anaknya, Noah datang ke bilik tidur tersebut.
Saya cuba gerakkan badannya, tapi dia seperti tidak berdaya. Saya terus kejutkan sebab fikir dia mungkin pengsan saja, tapi saya lihat dia langsung tidak bergerak.
Noah terjaga sebaik saya menjerit memanggil ibu. Noah datang kepada saya dan bertanya apa yang sudah berlaku dan kenapa menangis? Saya beritahu Noah untuk ikut saya sebab bapanya tidak sedarkan diri. Saya beritahu kita perlu ke h0sp1tal segera.
Sumber: Boy William
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Ohbulan