Selepas 28 Tahun, Bekas Atlet Bola Tamp4r Wanita Indonesia Disahkan Lelaki

Perkataan atau terma peny4kit hipospadia atau krisis kelainan alat kel4min mungkin kedengaran sedikit janggal dalam kalangan masyarakat kita. Bagi yang belum tahu, ia merupakan krisis kekeliruan dalam menentukan alat kela4min seseorang sama ada ia untuk perempuan atau lelaki. Jantina pula ditentukan bersandarkan ciri fizikal.

Krisis hipospadia ini turut berlaku kepada seorang bekas pemain bola tampar wanita skuad kebangsaan Indonesia, Aprilia Manganang, 28 tahun, yang sebelum ini dikatakan sebagai seorang perempuan namun lama-kelamaan keadaan fizikalnya menunjukkan perubahan dan cenderung menjadi lelaki.

Sumber: Volleywood

Menerusi halaman Kompas, Aprilia sejak lahir sudah disahkan menghidapi peny4kit ini. Namun disebabkan masalah kewangan keluarga, dia tidak mampu melakukan pemeriksaan selanjutnya tambahan pula pada ketika itu masih belum ada peralatan perubatan yang canggih.

Berdasarkan pandangan mata kasar pada ciri fizikal Aprilia, doktor mengesahkan bahawa dia adalah perempuan dan jantina itu kekal tercatat dalam butiran sijil kelahirannya serta kad pengenalannya.

Difahamkan, Aprilia berkhidmat sebagai angkatan Tentera Nasional Indonesia (TNI) bagi pasukan Korps Wanita Angkatan Darat (KOWAD). Pada masa yang sama, beliau juga kerap kali dipanggil untuk mewakili pasukan bola tampar wanita Indonesia.

Untuk rekod, beliau pernah menjulang pingat emas untuk Indonesia pada temasya Sukan SEA 2013 dan 2015. Pada Sukan SEA 2019 lalu, beliau telah mengalami keced3raan teruk pada lutut dan ini memaksa beliau bersara lalu fokus kepada tentera.

Sumber: : Newsbeezer

“Saya memang seorang perempuan namun berdandan bukanlah satu hal yang saya minat seperti perempuan lain.

“Nama Aprilia itu sudah sebati dengan watak perempuan tomboi namun sejak sertai tentera, setiap tentera wanita diwajibkan untuk bersolek terutama bagi acara majlis rasmi.

“Sememangnya tidak rela dan paling melucukan apabila saya melihat gambar saya dengan wajah yang kaku tetapi ada sentuhan solekan,” cerita Aprilia kepada media Juara.net pada tahun 2017 lalu.

Namun selepas bertahun-tahun menjadi tentera wanita, pihak atasan TNI, Jeneral Andika Perkasa mulai perasaan berlaku perubahan yang tidak kena pada fizikal Aprilia. Lantaran itu, fizikal Aprilia diperiksa pada 3 Februari lalu dan keputusan perubatan mengesahkan bahawa Aprilia cenderung untuk menjadi seorang lelaki.

Sumber: Netral

Lantaran itu, Jeneral Andika mengambil keputusan dan menyuruh Aprilia menjalani pembed4han pembetulan jantina. Selepas 28 tahun berjuang sebagai perempuan akhirnya dia disahkan sebagai seorang lelaki. Kini difahamkan Aprilia sedang menjalani pembed4han peringkat pertama sebelum dia berubah menjadi lelaki yang sebenar.

Perasaan gembira itu tidak terkata dan Aprilia menzahirkan rasa syukur setelah mengetahui jantinanya yang sebenar. Kisah Aprilia ini tular setelah beliau secara terbukanya menghebahkan menerusi satu sidang media khas secara maya yang berlangsung dari h0sp1tal Tentera Gatot Subrato, lapor halaman Kompas.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : https://www.thevocket.com/