Masihkah anda ingat video seorang kanak-kanak yang ‘kuat drama’ apabila disuruh makan ubat beberapa tahun lepas?
Setiap kali mahu disuapkan, ada sahaja alasan yang keluar daripada mulutnya sehingga ibunya naik muak dengan per4ngainya.
Diam tak diam, si cilik yang dikenali sebagai Maya Zarra Aleesya ini sudah memasuki usia lapan tahun.
Dia juga telah dilantik sebagai penolong ketua kelas di sekolahnya baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di Facebook miliknya, kanak-kanak itu bercerita mengenai pengalaman memegang jawatan tersebut.
Katanya, dia akan terus bertegas serta memarahi rakan sebaya yang nakal ketika di dalam kelas.
Namun, jika kawan-kawan yang jenis baik dan dengar cakap pula akan ditegur secara lemah-lembut sahaja.
Video kepetahan si cilik itu bercakap sekali lagi menarik perhatian netizen.
Rata-rata netizen memuji kecomelannya selain ada yang berselor0h kanak-kanak itu boleh ‘naik pangkat’ menjadi ketua pengawas pula selepas ini.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Wowberita