Penj4ra, d3nda RM100,000 menanti individu seb4r berita p4lsu tentang Cov1d-19, darur4t… berkuat kuasa esok

BERMULA Jumaat ini (12 Mac), individu yang menghasilkan, menerbitkan atau menyebarkan berita p4lsu berhubung c0v1d-19 atau proklamasi darur4t boleh dikenakan d3nda, penj4ra atau kedua-duanya, menurut Warta Kerajaan Persekutuan.

Menurut Ordinan Darur4t (Kuasa-kuasa Perlu) (No 2) 2021 yang diwartakan pada Khamis (11 Mac), individu yang menyebarkan berita p4lsu ‘dengan cara apa pun, dengan niat untuk menyebabkan, atau yang mungkin menimbulkan keta4kutan atau kebimbangan kepada awam’ boleh dikenakan d3nda tidak lebih RM100,000 atau penj4ra tidak lebih tiga tahun, atau kedua-duanya, jika didapati bers4lah.

Ordinan menyatakan bahawa m4hk4mah boleh memerintahkan pengh4pusan penerbitan jika dianggap sebagai berita p4lsu.

m4hk4mah juga dapat memerintahkan pesalah untuk membuat pernyataan maaf, yang mana kegagalan untuk melakukannya boleh menyebabkan denda tambahan hingga RM50,000, atau penjara tidak lebih setahun, atau kedua-duanya.

Ordinan tersebut juga menyatakan bahawa undang-undang tersebut berlaku untuk mana-mana individu yang terlibat dalam penyebaran berita p4lsu dalam dan luar negara, tanpa mengira kewarganegaraan, memandangkan berita palsu tersebut menjejaskan Malaysia atau warganegara Malaysia.

Warta itu mendefinisikan berita p4lsu sebagai ‘sebarang berita, maklumat, data dan laporan, yang keseluruhannya atau sebahagiannya adalah palsu yang berhubungan dengan c0v1d-19 atau proklamasi darur4t, sama ada dalam bentuk rencana, visual atau rakaman audio atau dalam apa-apa bentuk lain yang boleh menggambarkan perkataan atau idea’.

Jika berlaku kesalahan berterusan, pesalah boleh dikenakan denda tidak lebih RM1,000 untuk setiap hari selama kesalahan itu berterusan setelah disabitkan kesalahan. – The Star

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Mstar