Jodoh merupakan satu rahsia daripada Allah S.W.T yang akan diberikan kepada kita bila tiba waktu yang tepat. Jadi, cepat atau lambat, pasti ia akan tiba dengan sendirinya.
Sehubungan dengan itu, satu perkongsian daripada seorang pengguna aplikasi TikTok yang menggunakan nama akaun eydazuno telah memuat naik video-video semasa majlis perkahwinannya dengan suami tercinta.
Dia telah memuat naik momen sehari sebelum bergelar isteri dengan menunjukkan pakaian serta hantaran yang akan diberikan kepada pihak suami pada majlis pernikahan nanti.
Menurut ibu tunggal yang mempunyai seorang anak berusi 4 tahun hasil perkahwinan terdahulu itu, dia dan suami hanya berkenalan selama dua minggu sahaja sebelum mengambil keputusan untuk bernikah.
Jadi, setelah bergelar isteri, dia mengakui berasa janggal apabila menaiki kereta bersama suami dan mengambil video bagi menghilangkan rasa segan tersebut.
Wanita itu juga memaklumkan bahawa mereka akan bercinta selepas bernikah dan pastinya ia lebih bagus kerana masing-masing sudah sah bergelar suami dan isteri.
Tambahnya lagi, dia percaya bahawa akan takdir jodoh dan tidak mampu untuk menolak orang menyayangi kita dengan ikhlas.
Semoga perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke Jannah dan bahagia bersama kehidupan yang baru selepas melalui detik perit bergelar ibu tunggal beberapa tahun sebelum ini.
Sumber: eydazuno
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : TTK