‘Bangga Isteri Jadi ‘Pengetua’ Serta ‘Guru’ Untuk Anak’ – Fazley Yaakob Henti Hantar Anak Ke Sekolah

Ketika dunia sedang dilanda pandemik c0v1d-19, chef selebriti, Dato’ Fazley Yaakob dan isteri memilih untuk mengajar sendiri anak-anak mereka di rumah. Difahamkan, ketiga-tiga anak lelakinya sudah diberhentikan sekolah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Januari lalu.

Di Instagram, Fazley memberitahu kepada umum bahawa dia mempunyai sebab yang tersendiri mengapa dia mengambil keputusan sedemikian.

Bangga dengan isteri

Hari ni saya ditanya oleh ramai orang anak2 saya tak pergi sekolah ke? Apa perancangan kami apa bila sekolah dibuka nanti? Begini sebenarnya, mereka bertiga telahpun kami #homeschool kan semenjak PKP yang terbaru. Mengapa? Banyak sebab yang terlalu panjang untuk saya ceritakan disini. Apapun, dengan pilihan yang saya dan @azrene_ahmad buat ini, syukur alhamdulilah ianya telah banyak membantu @[email protected] @fierudzfazley di dalam pembelajaran dan keputusan assignment dan kuiz mereka.

Menurut Fazley, sejak belajar dari rumah, dia dapat melihat penambahbaikan dari segi pencapaian anak-anak termasuk keputusan assignment dan kuiz mereka. Tambahnya lagi, mereka telah memilih dan mendaftarkan anak dengan homeschool provider dari United Kingdom. Isterinya, Azrene Ahmad turut menjadi guru dan pengetua kepada anak-anak.

Menjawab persoalan korang

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob)

Yang nyatanya, saya bangga dengan isteri saya yang kini menjadi “Pengetua” serta guru untuk anak-anak. Kami memilih untuk daftarkan mereka dengan homeschool provider dari United Kingdom, dimana syllabus telah siap diaturkan, dan kami menyusun jadual pembelajaran mengikut peruntukan ‘hours’ untuk setiap subject yang mereka ambil.

Ini termasuk kelas mengaji Alquran, kelas Fardhu Ain, serta kelas Bahasa Melayu yang saya aturkan juga. Hari ahad pula, saya mengajar baking & memasak, dan isteri saya akan membawa mereka #Hiking apabila waktu mengizinkan sebagai riadah luar. Menjawab ke persoalan korang kenapa tiada update tentang sekolah anak2 saya?

Ujar Fazley lagi, mereka juga telah menyusun sendiri jadual pembelajaran mengikut jumlah jam buat anak-anak. Kelas mengaji Al-Quran, fardhu ain dan kelas memasak turut diselitkan dalam jadual pada hari Ahad. Menjengah di ruangan komen, inisiatif yang diambil pasangan ini mendapat respon yang baik daripada netizen. Malah, ramai yang turut berkongsi kisah yang sama di mana anak-anak belajar di rumah sahaja.

Sumber: Fazley Yaakob

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : OhBulan