Tidak dinafikan, pada awal perlantikan anggota kumpulan K-Clique, MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin sebagai duta pusat akademik dan tuisyen PTTI Group Sdn Bhd, ada yang menyambut baik dan sebaliknya.
Ini kerana, sesetengahnya beranggapan, bintang berusia 25 tahun itu tidak layak selain kurang sesuai dengan imej yang dipaparkan seperti memakai gelang emas.
Ditanya sama ada dia sudah berubah setelah memikul mandat sebagai duta PTTI selain pernah menyertai kelas agama bersama kumpulan tabligh di Jerantut, Pahang bulan lalu, ini respon yang diberikan MK;
“Tentang hal itu (tidak mahu memakai gelang emas), doa saja yang baik baik. Yang baik kita jadikan teladan dan burvk pula sebagai sempadan. Saya tak boleh nak kata ya atau tidak, takut memakan diri. Biarlah ia terjadi tanpa perlu dipukul canang.
“Cuma seiring usaha memperbaiki diri, saya cuba jadi lebih baik daripada sebelum ini. Karakter saya dalam dunia hiburan masih sama seperti dulu.
“Pastinya setiap sudut kec4man dan kritikan itu saya akan nilai. Yang mana perlu dielak, saya akan cuba mengelaknya termasuk dalam soal imej diri. Saya tak pernah sempurna.
“Di luar konteks kerja seni hiburan, saya tetap manusia biasa yang mahu mencari keseimbangan hidup,” katanya.
Mengenai apa sahaja kisahnya yang menjadi ruang atau modal kec4man warganet, MK mengakui sudah mulai biasa dengan situasi terbabit.
“Saya anggap rezeki dalam hal apa dikongsi di media sosial tul4r dan mendapat perhatian. Dikec4m itu biasalah. Macam jadi duta PTTI pun saya dipertikai kerana dianggap tak layak.
“Mereka hukvm saya tanpa tahu latar belakang akademik saya. Sampai ada anggap saya tak sesuai dek imej yang dipaparkan ketika menjadi artis.
“Apa lebih utama peranan itu buat saya jadi lebih bertanggungjawab. Saya sendiri dapat membentuk diri ini untuk menjadi lebih baik dan berdisiplin.
“Tapi rezeki tak pernah salah alamat. Amanah ini akan dipikul sebaik mungkin,” katanya yang mengikat setahun kontrak bersama PTTI.
Pada masa sama, dia juga akur dan sedar bukan senang untuk memuaskan hati semua orang.
“Dalam hidup ini, saya percaya kita tak boleh nak senangkan atau memuaskan hati semua pihak. Ada yang suka dan sebaliknya. Yang menyukai kita pun belum pasti keikhlasannya. Tapi apa jadi hidup harus diteruskan.
“Macam saya katakan, mungkin imej atau cara saya pantas dihakimi. Iyalah saya tahu ada yang anggap saya menyerlahkan sisi ‘b4d boy’. Dan sekaligus dilihat bertentangan dengan visi PTTI yang menekankan hal akademik,” katanya.
Penyanyi yang turut membuat penampilan istimewa dalam lagu Peluang Kedua dendangan Nabila Razali ini berkata, dia pada awalnya sedikit ralat dan sed1h apabila ada yang mengec4m serta mempertikai pelantikan berkenaan.
“Saya sendiri rasa ada calon lain yang lebih layak berbanding diri ini. Masa nak menerima lamaran PTTI ini pun saya ambil masa untuk menyatakan persetujuan
“Saya percaya PTTI ada sebab dan alasan tersendiri memilih diri ini. Saya percaya dengan adunan pencapaian akademik dan sedikit pengaruh saya, matlamat mereka untuk mendekatkan diri dengan generasi baru iaitu pelajar SPM boleh dicapai,” katanya
Ditanya mengenai latar belakang akademiknya pula, MK sebenarnya mendapat keputusan cemerlang SPM yang didudukinya pada tahun 2013
“Saya mendapat 5A 3B dalam SPM. Saya pernah menuntut dalam pengajian diploma bidang perniagaan di UiTM, Kota Kinabalu, Sabah dari tahun 2012 hingga 2015.
“Secara peribadi, saya anggap keputusan dan tahap pendidikan itu paling baik saya pernah capai. Saya percaya ada yang lebih bagus dan cemerlang.
“Ketika itu memang bersemangat membuktikan kepada keluarga yang saya boleh buat. Alhamdulilah ia menjadi kenangan manis untuk saya kenang,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau lebih dikenali dengan nama Cikgu Fana berkata, mereka ada alasan konkrit memilih MK.
“Dalam hidup ini, kita pantas menghukvm. ‘Dont judge a book by its cover’. Kami di PTTI ada sebab memilih MK.
“Umum tahu dia ada pengaruh besar dan hebat sebagai anak seni. Lihat saja bagaimana setiap entri di laman sosialnya mendapat perhatian dengan jumlah tanda suka dan tontonan ramai.
“Paling utama dia juga cukup cemerlang dalam bidang akademik. Mendapat keputusan SPM (5 A dan 3 B ) itu saya kira cukup hebat untuk anak muda berjiwa besar sepertinya,” katanya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : MH