Siti Sarah & Ramlah Ram Titip Pesanan, Jangan Persenda Bakat Orang Lain!

Ins1den penyanyi Nabila Razali ‘terkucil’ ketika menyanyikan lagu Peluang Kedua di pentas Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) pada malam Ahad lalu ternyata mencuri perhatian pelbagai pihak sehingga trending di media sosial.

Biarpun teruk dikec4m, namun buat peminat dan ramai selebriti membanjiri ruangan komen hantaran Nabila di Instagram dengan pelbagai kata-kata semangat dan memberitahu ia adalah lumrah sebagai seorang penyanyi untuk alami kejadian seumpama itu.

Siti Sarah Titip Pesanan Mengenai Adab 

Dalam perkembangan lain, susulan daripada seorang penyanyi dan juga komposer terkenal dikatakan telah memerli Nabila, penyanyi popular Siti Sarah tampil menitipkan pesanan buat orang ramai mengenai adab. Jelas Sarah, tanpa mengira siapa, adab harus diutamakan termasuk sebagai seorang penyanyi.

“Bagi Sarah, semua benda ada adab, lagi lagi kita ini, orang Malaysia yang kaya dengan budi bahasa & sopan santun. Penyanyi pun ada adab tersendiri. Sarah belajar dari setiap persembahan yang kita lakukan & Sarah belajar dari semua persembahan yang kita lihat. Every performance (Setiap persembahan) adalah ruang untuk jadi yang terbaik dan terbaik” tulisnya

Tanpa perlu memperlekehkan persembahan dan horm4ti bakat orang, Sarah turut berpesan agar tidak mendabik dada dan berbuat baik antara satu sama lain.

“Setiap benda ade baik burvknya dan kena ingat tau, semua berlaku atas izin Allah. Bagi Sarah, Adab sebagai penyanyi tu kena sentiasa ingat..jangan perlekeh persembahan orang lain. Kita horm4ti & belajar dari apa yang kita lihat. Apa yang baik kite kena ambil, untuk kita sendiri guna. Sesuatu yang burvk itu pulak kita jadikan pengajaran & jangan pulak kita kutuk. Kadang-kadang takut ek sebab boleh jadi dekat diri kita semula. Janganlah kita mendabik dada, lebih baik doakan yng baik-baik je. Ye tak? Sarah pun pernah kena kec4m, dan percayalah, benda tu sangatlah tak best”

“Berbuat baiklah sesama kita, saling membantu untuk memajukan diri sendiri & orang lain. Tak susah pun tau nak buat camtu. Persembahan Nabila malam tadi Sarah nampak dia(Nabila) dh usaha bagi sehabis baik dan pergi kelas vokal. Xpe Nabila keep learning dan jangan putus asa. Tahniah juga Sarah ucapkan kepada semua 12 finalis dan pemenang AJL35” titipnya lagi

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin)

Ramlah Ram Mahu Orang Ramai Beri Semangat Buat Nabila 

Dalam pada itu, penyanyi Ramlah Ram turut bersetuju dengan pandangan Sarah mengenai adab. Kongsi Ramlah, sebagai umat Islam, agama turut melarang untuk mempersendakan orang lain. Pesan pelantun Masar Cinta ini, dia berharap agar orang ramai dapat memberi nasihat dan semangat yang terbaik buat Nabila.

“Betul tu.akak sokong 100%..please (tolong) la janganlah kita mempersendakan orang lain.Setiap orang tak ada yang perfect(sempurna)..jadi sebaik – baiknya kita bagilah semangat pada #nabilarazali..akak minta pada semua supaya bagi la nasihat yang membina …kita kan sesama Islam.Islam melarang kita mempersendakan orang lain…” kongsi Ramlah

Terdahulu, komposer tersebut mendakwa orang ramai telah menyalah anggap ciapannya di Twitter terhadap Nabila. Sebaliknya dia menghorm4ti penyanyi itu dan memohon maaf sekiranya ciapan tersebut telah mengguris hati mana-mana pihak.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Murai my