Chef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan mendedahkan bahawa anak perempuannya yang juga pelakon dan pengacara, Serina Redzuawan telah meluahkan hasrat untuk mendirikan rumahtangganya yang kedua.
Sudah Bertemu Bakal Menantu
Menerusi pendedahan panjang sebanyak 3 hantaran di laman Instagram, Chef Wan memaklumkan bahawa dia sudah bertemu dengan bakal menantu nya itu yang merupakan seorang pegawai p0lis selepas Serina ingin melangsungkan perkahwinan mereka sebelum hari raya.
“Dia kata “Papa saya dah bertemu dengan lelaki yang baik, kami sudah mengenali satu sama lain selama hampir setahun. Sekiranya boleh, saya ingin menikah sebelum hari raya puasa. Boleh tak kami berdua bertemu dengan papa?”
“Jadi dua hari lalu mereka datang. Secara neutralnya sebagai bakal bapa mentua saya ada banyak soalan terutamanya selapas peristiwa teruk yang berlaku pada perkahwinan pertama anak saya di mana dia tidak mahu mendengar nasihat saya dan teruskan dengan per4ngai sombongnya”
“Jadi kali ini saya perlu lebih berhati-hati. Pengalaman lalu masih lagi mengh4ntui saya. Saya dah tahu dari hari pertama bekas menantu memang bangs*t, itu sebab nak lepaskan Serina. Malam nikah itu saya seb4k kerana saya tahu jodohnya tidak akan bertahan lama,” kongsinya.
View this post on Instagram
Enggan Serina Bersed1h Lagi
Jelas Chef Wan, tujuan dia ingin bertemu dengan lelaki tersebut kerana enggan anak kesayangannya itu menemui kegagalan dalam hubungan sebagai suami isteri seperti perkahwinannya terdahulu.
View this post on Instagram
Bagaimanapun, chef popular ini berkata lelaki tersebut seorang yang baik namun dalam masa yang sama menasihati mereka agar tidak terburu-buru untuk berkahwin.
“Sabar lah dahulu jika nak kawin pun dan ambil masa untuk lebih mengenali antra satu sama lain. Zaman kini anak muda nak kawin macam kacang putih. Lepas tu tak suka, bercer4i macam tukar pakaian isteri itu”
“Yang menangung segala drama, malu adalah ibu bapa. Duit kita dah lah habis kawin kan baik-baik tapi luncai akhirnya. Itu sebab saya kurang bersetuju nak kawin sebelum raya!”
“Jadi belajar bersabar kamu berdua dan ambil masa. Jangan ingat gatal nak kawin tapi tak fikir apa yang saya telah nasihat kan tadi. Kita semua ada kekurangan” tulisnya lagi
View this post on Instagram
Sebelum ini, Serina pernah berkahwin dengan Gavin Edward O’luanaigh pada 1 Januari 2010 dan bercer4i talak satu di m4hk4mah Rendah Daerah Petaling pada 1 Ogos 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata Tristan Tareef, 11 dan Isabella Saffiya, 10.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Murai my