Penyanyi yang juga merupakan guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat akhirnya tampil meluahkan pandangannya terhadap persembahan Nabila Razali di pentas Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35).
Menurut Syafinaz, dia sentiasa terbuka dan menyokong mana-mana penyanyi yang ingin memperbaiki nyanyian mereka.
Jelasnya, ramai artis baru dan juga nama besar sebelum ini menyatakan hasrat, malah sudi belajar dengannya.
“Saya percaya kesungguhan dan dedikasi boleh mengatasi kelem4han. Pembelajaran yang konsiten adalah kunci kejayaan.
“Nabila menyuarakan hasrat untuk memperbaiki nyanyiannya Mei tahun lalu.
“Namun halangan kesihatannya, jadual kerja kami yang padat dan situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan proses pembelajarannya agak mencab4r.
“Kelas intensif hanya dapat dilakukan sebaik PKP 2.0 berakhir,” katanya.
Tambahnya, video amatur yang dimuat naik di Instagramnya tu bukanlah nyanyian Nabila yang terbaik.
“It’s far from perfect tapi lebih baik daripada apa yang dia lakukan di atas pentas AJL.
“Umum hanya melihat kejadian ‘terkvcil’ manakala saya pula melihat dari aspek kualiti tonal & perkembangan ‘musicality’-nya.
“Selain tekan4n akibat dari ekspektasi, seorang penyanyi juga perlu ‘battle his/her inner demons’ apabila berada di atas pentas mega itu.
“Anggaplah ini langkah dia bertatih sebagai seorang penyanyi. Dia sedar jauh lagi perjalanannya sebelum dia boleh berlari.
“Jangan patahkan semangat perjuangannya. This is Nabila’s journey….,” katanya.
Anda bolelh lihat posting di bawah.
View this post on Instagram
Untuk rekod, Nabila sebelum ini menjadi tumpuan netizen apabila sekali lagi terkvcil ketika menyampaikan lagu Peluang Kedua di AJL35, Ahad lalu.
Ins1den itu sekali gus menjadi perdeb4tan ramai khususnya di platform Twitter.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon