Instafamous Slumber Rentas Negeri Untuk Bulan Madu, Siap Ajar Netizan Lagi

Memandangkan kita masih berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa negeri, maka banyak SOP yang perlu dipatuhi, antaranya tidak dibenarkan merentas negeri kecuali mendapat kebenaran pihak p0lis.

Hal ini menyebabkan ramai rakyat tidak dapat pulang ke kampung masing-masing kerana tidak mempunyai alasan kukuh.

Itu masih tidak mengapa, tetapi apabila ada personaliti media sosial berbulan madu dengan kebenaran p0lis, maka ramai netizen bengang.

Manakan tidak, sesetengah terpaksa memendam rindu kepada ibu bapa di kampung, tetapi ada pula insan berseronok dengan menyalahgunakan kebenaran tersebut. Pakai kabel ke?

Foto : Twitter

Menjawab soalan pengikutnya di Instagram, Datin Inaz menjelaskan kelulusan untuk merentas negeri berg4ntvng kepada mood pegawai yang mengesahkan borang tersebut. Jadi, memang rezekinya boleh lulus, sementelah lagi ramai juga yang menggunakan cara sama, katanya.

Namun bagi netizen, itu melvk4kan mereka kerana dengan bangganya pasangan ini menayangkan gambar-gambar berbulan madu merentas negeri, seolah-olah tiada apa-apa.

Dikhabarkan, pasangan tersebut telah mengunci akaun masing-masing dan juga memadam gambar serta video yang mempunyai aktiviti berkaitan percutian.

Foto : Twitter

Mungkin ramai yang memahami bahawa ada sahaja individu yang mendapat kelulusan merentas negeri dengan pelbagai alasan. Namun dengan menunjuk-nunjuk sebegini pastinya membuatkan ramai yang marah kerana orang lain tidak boleh berbuat hal sama.

Di manakah keadilan kepada semua orang? Jadi, memang betul ianya berg4ntvng pada pegawai yang meluluskan? PDRM, boleh beri penjelasan?

KKM Akan Tentukan Boleh Balik Beraya Atau Tidak – Ismail Sabri

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan bahawa keputusan rentas negeri itu akan berg4ntvng kepada penilaian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Raya ini sama ada boleh balik kampung atau tidak, Kementerian Kesihatan yang akan buat keputusan dan sama ada sidang khas MKN membenarkannya atau tidak.

“Katakan bulan Mei nanti, mengikut jangkaan KKM kes turun menjadi 500, mungkin ketika itu KKM akan buat penilaian risiko dan nasihatkan kita,” katanya dalam sidang media, sebentar tadi.

Sementara itu, berita baik bagi peminat bola sepak, MKN juga telah bersetuju benarkan penyokong ke stadium bagi saingan bola sepak liga Malaysia bermula 1 April ini.

Bagi kawasan PKPB , hanya 10 % dari kapasiti penonton atau 2,000 orang, manakala, bagi kawasan PKPP, sebanyak 25% dari kapasiti penonton atau 8,000 orang.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : trendingsangat via MediaViral