Noor Nabila selamat bernikah dengan pasangannya, Engku Emran pagi tadi selepas pelbagai khabar angin melanda sebelum ini. Majlis yang cukup sederhana itu dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja memandangkan negeri Selangor masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP
Pesanan’ khas Sharnaaz buat NabiIa dan suami baru
Dalam pada itu, antara yang mencuri perhatian adalah status terbaru yang dimuatnaik oleh Sharnaaz Ahmad.
Menerusi satu entri di Instagram, Sharnaaz telag mengucapkan tahniah kepada NabiIa dan Engku Emran.
” Selamat pengantin baru NabiIa dan Emran .. semoga berbahagia ke anak cucu. Jaga jebat elok elok naa” tulis Sharnaaz.
Status dimuatnaik Sharnaaz itu lantas mencuri perhatian peminat-peminat beliau yang menganggapnya sebagai seorang yang sangat profesional.
Tidak kurang juga yang merasakan Sharnaaz memberi ‘ingatan’ kepada NabiIa dan bapa tiri kepada anaknya, Jebat Jayden agar menyayangi anaknya itu dengan penuh kasih sayang.
Sementara itu Neelofa melahirkan rasa bersyukur selepas kakaknya, Noor NabiIa selamat bergelar isteri kepada Engku Emran Engku Zainal Abidin ,46, pagi tadi.
Neelofa menerusi kenyataan kepada media memberitahu, dia gembira dengan pernikahan kakaknya dan mendoakan mereka dikurniakan kebahagiaan selamanya.
” Hari ini merupakah hari bahagia kakak saya, Noor NabiIa. Saya berasa sangat gembira melihat NabiIa meraih bahagia dan saya berharap agar kebahagiaan yang dilimpahkan kepadanya akan kekal sampai bila-bila.
” Doa dan harapan saya agar kedua mereka saling melengkapi dan semoga Allah SWT merahm4ti rumah tangga NabiIa dan suami sehingga ke akhir nadi syurga,” katanya.
Dalam pada itu rata-rata follower Sharnaaz memberi kata-kata semnagat dan memuji ketampanan gambar yang di kongsi
Namun begitu, adik kepada Noor Nabila yang sebelum ini pernah menjadi adik ipar kepada Sharnaaz iaitu Athisha Khan telah meningallkan emoji bebentuk tiga hati berwarna merah sehingga mendaoat 1290 tanda suka
Tapi apa yang mencvri perhatian, terdapat beberapa komen dari netizan yang cuba mengysik Athisah dan ada yang di antara mereka mencadangkan supaya beliau kahwin dengan Sharnaaz
Sejak semalam, desas-desus mengenai pernikahan pasangan ini hangat diperkatakan dalam laman sosial, malah mendapat liputan meluas media di Indonesia.
Kenali Adik Neelofa, Athisha Khan – “Saya Bangga Dengan Angka ’03’ Pada Kad Pengenalan”
Athisha Khan merupakan anak ketujuh dari sembilan adik-beradik. Sedang melanjutkan pengajiannya dalam bidang undang-undang dengan perniagaan, gadis berusia 20 tahun ini dilahirkan di negeri Cik Siti Wan Kembang dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Menurut Athisha, “saya bangga kerana ada kod “03” pada kad pengenalan saya. Namun saya dibesarkan dan menetap di Kuala Lumpur.”
Disamping orang mengenalinya sebagai adik kepada Neelofa dan Nabila, Athisha juga cukup terkenal di lama YouTube apabila telah membuka saluran YouTubenya sendiri, Athisha Khan. Dengan hampir 45,000 pengikut di Youtube dan 202,000 pengikut di Instagram, minatnya terhadap menghasilkan kandungan video bercambah selepas gemar menulis blog pada waktu lapang. Menjadikan video sambutan hari lahir bapanya sebagai video pertama, Athisha terus-menerus mengeluarkan kandungan-kandungan video yang cepat menarik perhatian ramai.
“Mula-mula masa video birthday tu, cukup ringkas, saya guna iMovie sahaja. Lepas buat yang tu, baru saya sedar yang sebenarnya saya boleh buat banyak video. Jadi dari situlah saya kerap buat video keluarga dan rakan-rakan di sekolah. Masa tahun terakhir di kolej, saya mula buat blog video ataupun vlogging bertujuan sebagai kenangan memori persekolahan”, jelas Athisha lagi.
Jika anda pernah melihat saluran Athisha Khan di YouTube, dia banyak berkongsi tentang kehidupannya, keluarga, rakan-rakan dan aktiviti seharian yang dilaluinya. “Selalunya saya tak rancang video apa yang saya nak buat. Kebanyakannya memang saya hanya bawa kamera sepanjang hari dan rakam apa sahaja aktiviti dan perkara yang saya lalui. Tapi untuk setakat ni, saya hanya buat blog video sahaja. Rancangan saya lepas ni bila ada kelengkapan video dan ruang sendiri, nak banyakkan video berbentuk cabaran, solekan dan hauls (hasil pembelian).”
Lihat sahaja sembilan adik-beradik Neelofa, alangkah indahnya ciptaan Tuhan dari yang pertama hinggalah yang terakhir. Selain kecantikan turun-temurun dari ibu dan bapa, pasti ada rahsia mereka menjaga kecantikan dan kulit wajah masing-masing. Athisha juga mempunyai rutin harian yang diamalkan baru-baru ini. “Saya akan berkongsi tentang rutin penjagaan kulit dalam video di saluran YouTube nanti dan selain itu, saya banyakkan minum air putih. Dulu saya seorang yang tak peduli tentang penjagaan kulit dan pernah cuci muka yang tebal bersolek hanya dengan gel mandian. Sekarang je timbul kesedaran untuk jaga kulit. Pasal air putih, saya juga jenis orang yang minum air putih sikit je sampai kena paksa minum. Lama-kelamaan saya sedar yang air putih sangat penting untuk kulit dan sekarang, setiap hari saya catat berapa banyak saya minum setiap hari.”
Bagaimana rasanya menjadi seorang adik kepada selebriti dan personaliti yang dikagumi ramai? Athisha bersyukur dengan adanya kakak seperti Neelofa dalam keluarga. “Kak Neelofa adalah seorang yang kami adik-beradik kagumi dari sudut kekuatan diri, kesabaran dan keaslian menjadi dirinya sendiri. Disebalik kualiti yang semua orang nampak, ada sisi kak Neelofa di rumah yang orang ramai tak tahu seperti per4ngai pelik dia, kelakar, sensitif dan saya sangat sayang Kak Neelofa. Dia adalah orang yang paling best untuk ada dalam kehidupan anda semua”, tambah Athisha lagi.
Sebahagian dari adik-beradik.
PIC: @ATHISHAKHAN
Sebahagian dari adik-beradik.
Bakal menamatkan empat tahun pengajiannya pada tahun 2021, Athisha memilih untuk menceburi bidang perniagaan seperti mana yang diusahakan oleh keluarganya. Kami berharap yang terbaik untuk Athisha dalam pengajiannya dan semoga impiannya akan tercapai kelak.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Samsonstudios, Rojak Daily, Ig Sharnaaz Ahmad