Dipercayai nikah minggu ini, Neelofa mohon doa semua

Sebaik desas-desus pernikahannya bersama tunang, Haris Ismail, 26 yang bakal berlangsung pada hari Jumaat minggu ini menjadi bualan hangat netizen, satu perkongsian selebriti terkenal Neelofa di Instagram sekali lagi mencuri perhatian ramai.

Menerusi ‘posting’ tersebut, Neelofa berkongsi doa yang disertai dengan maksud bertujuan meminta orang ramai untuk mendoakannya dalam doa mereka.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Dengan rahmatMu aku meminta pertolongan ya Allah. Doakan saya dalam doa-doa kalian,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.

‘Posting’ yang sama turut dikongsi oleh pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor itu melalui InstaStory.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sebab yang jelas mengenai perkongsian tersebut, sama ada ia ditujukan untuk majlis pernikahannya kelak atau sebaliknya.

Apa yang lebih menarik, ‘posting’ tersebut turut disertakan dengan pelbagai gambar dirinya yang dijadikan latar belakang doa berkenaan.

Bukan itu sahaja, terdapat beberapa keping gambar yang menunjukkan seseorang sedang menyarung baju berwarna putih seperti busana perkahwinan.

Malah, menerusi ‘posting’ berbeza di laman Instagram pereka fesyen terkemuka Faizul Surani iaitu Rizalman Ibrahim by Faizul Surani, dia dilihat memuat naik gambar berupa kain layah perkahwinan tertera huruf N dan juga gambar seseorang memakai busana pengantin berwarna putih.

Semoga segala urusan dipermudahkan

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata selebriti dan wargamaya mendoakan agar segala urusan selebriti berusia 32 tahun itu dipermudahkan. Dalam pada itu, ada juga yang mendakwa doa tersebut untuk pernikahannya nanti.

Terdahulu, kecoh di laman sosial apabila ramai peminat meneka pasangan Neelofa dan bekas peserta Pencetus Ummah atau turut dikenali sebagai PU Riz itu akan melangsungkan pernikahan pada hari Jumaat minggu ini.

Sumber: Instagram Neelofa, Instagram faizuluziaf

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : http://caramohon.com/