“Tq jadi adik, jadi sahabat, jadi mummy yang baik pada kami semua.”- Abby Abadi Buat Video Birthday Untuk Memey

Umum diketahui, selebriti Abby Abadi dan Memey Suhaiza begitu akrab sehingga dianggap adik-beradik apabila mereka sering meluangkan masa bersama sehingga hubungan baik kedua-dua pelakon ini menjadi inspirasi buat peminat.

Walau bagaimanapun, satu perkongsian khusus Abby Abadi buat Memey Suhaiza mengundang perhatian ramai apabila dia memuat naik satu rakaman video sempena ulang tahun kelahiran Memey.

Disamping disertakan kapsyen panjang yang mana dia mengucapkan terima kasih dengan kebaikan dilakukan terhadap dia dan keluarga.

“I love u muah muah hehe. Tq jadi adik, jadi sahabat, jadi mummy yang baik pada kami semua. Semoga Allah balas kebaikan Mey dengan berlipat kali ganda umpama air zam zam yang mengalir tanpa henti. Amin.

“Hari ni birthday Memey pulak hehe. Dia macam kanak-kanak riang, suka betul diraikan. Jadi jom kita wish ramai-ramai untuk hari dia harini jom. Hehe biar dia happy” tulis Abby Abadi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112)

Perkongsian terbabit bagaimanapun turut dihujani dengan ratusan reaksi kerana seronok melihat kegembiraan kedua-dua pelakon itu dalam video dimuat naik tersebut dan mengambil kesempatan itu juga, peminat meninggalkan ucapan sempena ulang tahun kelahiran Memey.

“Selamat hari lahir…”

 

“Bagus akak dua orang ni…”

 

“Comel dedua adik dan kakak ni”

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : HCL