Nampaknya, cerita berkenaan perkahwinan selebriti dan usahawan popular Noor Neelofa bersama dengan pendakwah PU Riz semakin menjadi topik utama di media sosial.
Sudah menjadi lumrah kehidupan, selagi belum ada sebarang kenyataan rasmi, selagi itulah netizen akan terus berteka teki dan mencari hint yang boleh dikaitkan dengan perkahwinan yang bakal berlangsung beberapa hari lagi ini.
Terbaharu, penceramah Ustaz Don Daniyal Biyajid menjadi sorotan selepas beliau memuat naik satu foto menerusi laman Instagram miliknya dengan kapsyen yang mendoakan Neelofa sambil disertakan dengan gambar ketika selesai sebuah program TV bersama.
Paling mencvri tumpuan sudah tentu ucapan dan doanya kepada Neelofa yang akan disatukan tidak lama lagi dengan PU Riz.
“Untuk Neelofa, saya doakan untuk hari mendatang, agar disatukan dalam keberkatan, dihimpunkan dengan orang baik, diberi pilihan itu pilihan yang baik, semoga Neelofa menjadi isteri solehah, dan kepada PU Riz jaga perhiasan dunia yg baik yg Allah bagi ini.” tulis Ustaz Don.
Setakat hari ini, Neelofa dan PU Riz masih lagi mengunci mulut mengenai perkahwinan mereka yang didakwa akan berlangsung pada hari Jumaat ataupun Sabtu di sebuah hotel terkemuka Kuala Lumpur secara tertutup.
Apa-apa pun semoga urusan mereka semua dipermudahkan.
Sumber foto: Instagram Lofa.page & Instagram Ustaz Don Daniyal
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : HotFm