TINDAKAN usahawan Joy Revfa memuat naik gambar bersama bekas peserta program Da’i iaitu Syed Iqmal di Instagram baru-baru ini mengundang cakap-cakap kononnya mereka berdua mempunyai hubungan istimewa.
Mana tidaknya, menerusi foto tersebut pasangan itu kelihatan mesra selain tampil memakai baju sedondon yang menguatkan lagi spekulasi tersebut.
Tidak mahu ia terus menjadi tanda tanya orang ramai, Syed atau Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Jamalullail, 24, berkata, dia dan Joy bukan pasangan kekasih seperti didakwa.
Sebaliknya kata Syed mereka hanya rapat sebagai kawan malah menganggap Joy yang juga bekas isteri kepada penyanyi nasyid, Hafiz Hamidun itu sebagai kakak.
Dai Syed memberitahu dirinya masih single.
“Tiada hubungan cinta pun… Saya sudah anggap Joy macam kakak sendiri tambahan pula jarak umur kami agak besar.
“Gambar itu diambil ketika kami mendapat undangan berbuka puasa di Menara KL dan pakaian sedondon kami pun tidak dirancang sebenarnya,” katanya kepada mStar.
Syed ditemui ketika menghadiri acara berbuka puasa bersama anak yatim anjuran syarikat pengurusan artis, Dr Irma Entertainment di Shah Alam pada Khamis.
Bercakap lanjut mengenai hubungannya dengan Joy, Syed berkata, dia mengenali wanita berusia 32 tahun itu sekitar dua tahun lalu ketika Joy sedang menghadapi kemelut rumah tangga dengan Hafiz.
Joy Revfa.
“Saya dah kenal lama… Ketika itu Joy selalu minta nasihat tentang situasinya ketika itu dan saya sering berpesan agar sentiasa kuat semangat dan kembali bangkit.
“Sejak itu hubungan akrab sebagai rakan itu berkekalan sehingga ke hari ini,” jelasnya.
Sementara itu, Syed berkata, dia tidak menolak sekiranya dipertemukan dengan seorang wanita yang lebih berusia selain memegang status ibu tunggal.
Bagaimanapun, kata Syed dia lebih selasa untuk mencari pasangan yang sebaya dengan umurnya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: Mstar via BeritaSteady