Pelakon Abby Abadi dan bekas suaminya, Norman Hakim menghadiahkan sebuah motosikal kepada anak sulung mereka, Mohamed Danish Hakim, sempena meraikan hari jadi ke-18 baru-baru ini.
Berkongsi momen indah itu di Instagram, kata Abby, hadiah itu punyai pengertian yang besar bagi keluarganya.
“Momen paling indah 24/3/2021. Walaupun mungkin kecil pada org lain tapi besar ertinya pada kami & @danishhakimofficial.
“Walaupun motor je pun, bersyukur ye Abang.. Nanti Allah tambah lagi.
“Terima kasih Allah untuk nikmat anak-anak yg mendengar kata & nikmat kasih sayang yang Kau rezekikan pada kami.
“Pegang hati-hati kami untuk terus bergelar hambaMU yang sebenar-benar hamba hingga akhir nyawa.. Amin,” tulis Abby.
View this post on Instagram
“Baru je plan nak kumpul duit dan beli sendiri, tahu-tahu je Allah bagi depan mata terus.“Betul-betul ikut warna kegemaran pula tu. Syukur Alhamdulillah,” tulisnya di Instagram.
View this post on Instagram
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak