Tular sekeping gambar di laman Twitter mendakwa Neelofa selamat tiba di Langkawi, tiga hari selepas selebriti popular itu mendirikan rumah tangga.
Menerusi laman Twitter, pengguna @arxxxxmand memuat naik tangkapan skrin sebuah posting dari laman Facebook memaparkan seorang wanita berpakaian serba hitam bersama seorang lelaki berkemeja putih serta kopiah.
Tangkapan skrin yang menulis ‘Selamat datang ke Langkawi Neelofa’ itu sekali gus mengundang netizen bagi membuat andaian dan spekulasi terhadap selebriti berusia 32 tahun itu.
Betul ke bulan madu?
Menerusi pemerhatian di laman Facebook pula, seorang pengguna bernama PakYuss MoSalah berkongsi dua keping gambar dipercayai bersama Neelofa dan suaminya Haris Ismail dengan meletakkan ‘tag’ lokasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.
“Tugas-tugas khas, bawak pengantin baru Neelofa pusing-pusing Langkawi,” tulis PakYuss MoSalah.
Berikutan itu, warganet di Twitter mula memberikan pelbagai reaksi mengenai dakwaan tersebut terutama soal rentas negeri.
Guna agensi kot?
Habis la kena kec4m!
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan kesahihan gambar-gambar tersebut. Malah, tiada sebarang muat naik dikongsi di media sosial bekas pengacara MeleTOP itu mengenai dakwaan berkenaan.
Terjawab Punca Sebenar Kenapa p0lis Tak Pergi Terus Ke Majlis NeeIofa Dan Bagi K0mpaun
Terbaru, pengurus acara majlis pernikahan selebriti popular dan pendakwah bebas akan dipanggil pada hari ini bagi membantu siasatan berhubung pematuhan prosedur operasi standard (SOP).
Menurut Ketua p0lis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, selain daripada pengurus acara berkenaan, beberapa saksi lain termasuk pekerja hotel turut akan dipanggil bagi memberi keterangan.
” Semalam, pihak p0lis sudah mengambil keterangan pihak hotel dan hari ini, dijangkakan akan ambil keterangan dari pengurus acara majlis berkenaan.
” Saksi-saksi lain juga akan dipanggil dalam masa terdekat,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Mohamad Zainal berkata, orang ramai diminta untuk tidak salah faham berhubung pengeluaran kompaun terhadap kesalahan meInggar SOP.
Terima maklumat selepas majlis habis
” p0lis menerima maklumat selepas gambar berkenaan tular kerana majlis diadakan secara tertutup, jadi siasatan perlu dijalankan.
” Kalaulah majlis itu masih berjalan dan ketika itu juga p0lis menerima laporan mengenai perInggaran SOP, sudah pasti kita akan ke lokasi dan mengeluarkan kompaun,” katanya.
Menurutnya, siasatan perlu dijalankan bagi mengenal pasti gambar yang tular termasuk kesahihan gambar terbabit sebelum tndakan lanjut diambil.
” Masyarakat tidak perlu khuatir, tidak ada pilih bulu dalam pelaksanaan SOP, tndakan sewajarnya akan di ambil selepas kertas siasatan lengkap dan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara,” katanya.
HarianMetro kelmarin melaporkan selebriti popular, NeeIofa atau nama sebenarnya, Noor NeeIofa Mohd Noor selamat diijabkabulkan dengan pelakon dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, 26, di hotel terkemuka di sini.
Pasangan itu dinikahkan adik NeeIofa iaitu Mohd Aqief Mohd Noor dan menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin.
Namun, satu gambar tular di media sosial mendkwa majlis yang dianjurkan itu tidak mematuhi SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
PPMPM kesal sikap selebriti, perancang perkahwinan tidak peka SOP majlis keraian
Sementara itu, para pengusaha majlis perkahwinan di negara ini gusar sekiranya perusahaan mereka turut terkena tempias ekoran isu dkwaan perInggaran prosedur operasi standard (SOP) dalam sebuah majlis pernikahan selebriti terkenal yang berlangsung semalam.
Presiden Persatuan Pengusaha Majlis Perkahwinan Malaysia (PPMPM), Zarinah Mohideen berkata, situasi tersebut amat menggerunkan mereka yang berada di dalam industri selain turut merasa khuatir dengan impak yang bakal berlaku di kemudian hari.
Presiden Persatuan Pengusaha Majlis Perkahwinan Malaysia (PPMPM), Zarinah Mohideen.
” Kami berhempas pulas mencari solusi dalam proses rayuan pembukaan semula industri ini namun kerana isu sebegini kemungkinan besar perkara yang sangat digeruni oleh pengusaha majlis perkahwinan mungkin akan berulang semula.
” Saya mewakili persatuan ingin merayu terhadap pihak pengusaha serta yang berkaitan, janganlah sesekali mengabaikan SOP yang telah jelas ditetapkan oleh kerajaan kerana impaknya bukan hanya satu pengusaha yang bakal terg4nggu tetapi keseluruhan industri akan terjejas.
” Kami harap kerajaan akan ambil tndakan tegas dan sewajarnya dalam isu ini kerana kami merasakan apa yang berlaku ini tidak adil bagi semua selain boleh mewujudkan spekulasi dua darjat yang jelas jika diabaikan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Tambah Zarinah, seharusnya NeeIofa yang juga merupakan usahawan berjaya dan ikon selebriti tanah air itu lebih peka dengan pematuhan SOP yang telah diwartakan oleh kerajaan dalam memastikan keselamatan keluarga dan semua tetamu yang hadir.
Menurut beliau, adalah tidak wajar bagi seseorang yang terkenal melaksanakan majlis perkahwinan tanpa mematuhi SOP kerana penul4ran w4b4k c0v1d-19 masih lagi belum dapat dibendung.
” Tidak kurang juga penasihat perancang perkawinan majlis tersebut kerana ia merupakan syarikat ternama, jadi perlu amanah dalam menjalankan tanggungjawab agar pelaksanaan majlis pelanggannya menetapi syarat SOP.
” Isu ini serius dan membimbangkan kerana pelbagai kemungkinan boleh berlaku antaranya wujud kluster perkahwinan di mana akan terus mengakibatkan penutupan industri perkahwinan semula,” ujarnya.
Sumber OMM/Limauais
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : https://www.two.e-kesah.com/