Isteri m1mpi suami ‘minta tolong bawa naik’

KUALA BERANG – “Malam tadi saya berm1mpi suami datang kata rindukan saya dan dia juga meminta tolong membawa dia naik.

“Pagi ini suami ditemui. Syukur walaupun dalam keadaan sangat menyed1hkan,” kata Syarifah Ramli, 19, isteri kepada Ami Azzizol Abu Bakri, 21, yang may4tnya ditemui pada jam 7.10 pagi tadi.

Syarifah yang tidak dapat menahan k3sedihan juga dikatakan reb4h dan tidak bermaya sebaik melihat may4t suaminya dibawa naik ke darat.

Katanya, walaupun suaminya ditemui dalam keadaan tidak bernyawa namun dia tetap bersyukur, sekali gus mengakhiri penantian dia dan keluarga.

“Memang sangat sed1h dengan apa yang berlaku, namun saya reda. Biarlah suami berehat di sana dengan tenang,” katanya ketika ditemui di perkarangan rumah may4t h0sp1tal Hulu Terengganu, hari ini.

Sabtu lalu, Allahyarham Ami Azzizol dikatakan ke kawasan Sungai Petuang, Jeram Harimau, Tasik Kenyir, untuk berbulan madu bersama isteri dan bercuti dengan ahli keluarga mentua.

arw4h dilaporkan lemas ketika berenang di sungai hadapan rumah rakit yang disewanya jam 5.50 petang.

Syarifah berkata, beliau bersyukur Allah memperkenankan hajatnya melihat suami buat kali terakhir dan membawa pulang jasadnya untuk disemadikan.

Beliau yang melangsungkan perkahwinan dengan Ami Azzizoll pada 21 Mac lalu mengakui sangat bahagia menjalani kehidupan rumah tangga dengan arw4h walaupun hanya seminggu bergelar isteri.

“Sepanjang bergelar isteri, saya benar-benar rasa bahagia malah bagi saya, dia bukan saja suami yang terbaik tetapi juga anak serta kawan yang baik,” katanya.

Sementara itu, kakak arw4h, Maizunira, 24, berkata arw4h adiknya akan disemadikan bersebelahan kubur abang sulungnya, Ami Amri yang men1ngg4l dunia akibat lemas pada tahun 2004.

“arw4h abang yang ketika itu berusia 21 tahun lemas ketika menyelamatkan sembilan rakan nelayan selepas bot gentian kaca dinaiki mereka karam di muara Sungai Dungun jam 11 malam,” katanya.

Katanya, arw4h adiknya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Syed Yahya, Kampung Sungai Buaya, Dungun, hari ini.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : https://cempedakcheese.com/