Tampil Dengan ‘Permaisuri’, Harris Alif Cipta Kejvtan Buat Lagu Untuk Intan Ladyana

Hampir dua bulan mendirikan rumah tangga, pasangan selebriti Intan Ladyana dan Harris Alif tenang meniti hari bahagia sebagai suami isteri.

Terbaharu pada 30 Mac 2021, Harris telah memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya.

Video itu adalah sedutan daripada video lirik lagu terbaharu Harris berjudul Permaisuri.

Menurut beliau, Permaisuri adalah ciptaan khas buat isterinya dan ia juga adalah satu kejut4n untuk Intan.

Melalui caption:-

“Senyumlah wahai Permaisuri 🥰

Jom layan lagu Permaisuri di semua digital platform! Dah dengar nanti mention dekat ig story ok 😉”

Meninjau ke laman YouTube pula, lagu tersebut diterima baik oleh para pendengar yang menulis pendapat mereka pada ruangan komen.

Lagu itu memang kedengaran indah yang mana ia istimewa daripada seorang suami kepada isterinya.

Semoga pasangan sama cantik sama padan ini terus berbahagia dalam melayari bahtera rumah tangga mereka.

Sumber: Instagram Harris Alif dan YouTube Harris Alif

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Hot Fm