KUALA LUMPUR: Pelakon dan hos TV popular Alif Satar mempertahankan pelakon Red Velvet, Noor Neelofa Mohd Noor berhubung tuduhan tidak mematuhi SOP ketat pada majlis perkahwinannya baru-baru ini.
Dia mengatakan bahawa kejadian itu boleh berlaku tanpa niat untuk mel4ngg4r garis panduan.
“Saya yakin ia tidak disengajakan. Dengan kedudukannya di dalam masyarakat, saya yakin bahawa perkara terakhir yang diinginkan Neelofa adalah masalah pada hari besarnya, apalagi membuat masalah yang sangat sensitif sekarang ini, “kata artis berusia 30 tahun itu di media pelancaran kempen” Buka Lembaran Baharu “Astro untuk bulan puasa di Bukit Jalil semalam.
Alif yang juga salah seorang duta kempen pulih dari cov1d-19 tahun lalu.
“Hidup mesti diteruskan, tetapi ingat untuk selalu berpegang pada SOP,” katanya.
AKSI mesra Neelofa dan PU Riz yang tertangkap kamera selepas sah jadi suami isteri.
Hang4t sungguh civman Neelofa
MASIH tentang Neelofa dan Haris Ismail. Ketepikan sekejap soal kertas si4satan majlis perkahwinannya kini dimulakan p0lis, Mizz Lahar nak cakap tentang kemanisan pasangan sama cantik sama padan itu yang dipuja ramai.
Seperti tidak bernoktah, setiap hari ada saja cerita tentang mereka jadi bahan bualan, termasuklah gambar Neelofa sedang menc1um pipi Haris yang dicembvrui ramai.
Amboi! Manja sungguh aksi Neelofa dengan suaminya itu. Di sebalik niqabnya, mungkin itulah sisi berbeza yang tidak semua tahu tentang Neelofa.
Malah, ada yang menggelar aksi tersebut sebagai c1uman berlapik buat suami tercinta. Lucu mendengar semua gelaran yang diberikan netizen.
Mengejutkan, apabila ada juga insan semacam tak puas hati tengok kemanjaan Neelofa yang dipertontonkan kepada umum. Katanya gelojoh sangat. Betul ke? Biarlah, dah halalkan.
Ramai juga yang tidak sabar menanti zuriat mujtahid daripada mereka.
Neelofa terima Anugerah Tokoh Wanita Kelantan
KOTA BHARU: Selebriti tersohor, Neelofa menjadi salah seorang daripada 14 tokoh wanita Kelantan yang menerima anugerah khas sempena sambutan Hari Sayyidatina Khadijah (HSK) 2021 anjuran kerajaan negeri.
Malangnya, Neelofa yang baru melangsungkan perkahwinan di ibu negara Sabtu lalu tidak hadir untuk menerima pengiktirafan kerajaan negeri Kelantan kerana dikatakan masih berada di Langkawi.
Malah ketika nama pengacara dan ahli perniagaan itu diumumkan pengerusi majlis, tidak ada ahli keluarga atau individu tampil mewakili Neelofa untuk menerima anugerah terbabit bagi pihaknya.
Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Noor menerima Anugerah Sayyidina Juwairiyah Al-Harith bagi kategori Tokoh Pempengaruh Mega atau influencer.
ANDAK Anjang menerima Anugerah Tokoh Wanita Orang Asli sempena Sambutan Hari Sayyidatina Khadijah 2021. – FOTO/ZULHANIFA SIDEK
Sementara itu, seorang lagi penerima, Andak Anjang, 44, dari Pos Tuel, Gua Musang sanggup datang jauh dari pedalaman untuk menerima pengiktirafan kerajaan negeri bagi kategori Tokoh Wanita Orang Asli.
Andak ketika ditemui Utusan Malaysia berkata, beliau terharu dan bangga apabila dipilih sebagai salah seorang daripada 14 tokoh wanita yang menerima anugerah sempena sambutan HSK bagi tahun ini.
“Terima kasih kepada kerajaan negeri Kelantan. Nama saya dicadangkan oleh Penghulu Orang Asli Kelantan kerana aktif mengadakan program dakwah bersama dengan penduduk Orang Asli di kampung kami.
“Saya juga ingin berterima kasih kepada suami, Abdul Razak Amat, 52 yang sentiasa menyokong aktiviti berdakwah kepada masyarakat kami,” katanya yang juga merupakan Ketua Wanita Orang Asli di Pos Tuel.
Majlis penyampaian anugerah terbabit serta perasmian HSK 2021 disempurnakan Timbalan Menteri Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd.Yusoff di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.
Setiap tokoh menerima sijil, plak, dinar emas dan kitab tafsir Al-Azhar selain hadiah iringan seperti kerongsang, selempang, hamper, persalinan batik dan sejambak bunga.
Sementara itu, pihak penganjur memberitahu, Neelofa tidak dapat hadir ke majlis itu, namun apabila diminta menamakan individu bagi mewakilinya untuk menerima anugerah, tiada sebarang respons diterima sehingga majlis tamat.
Pengurus Neelofa, Shawn Amer ketika ditanya perkara itu menerusi mesej Whatapps pula memberitahu dia tidak pasti tentang jemputan ke majlis HSK 2021, selain mempersoal motif wartawan meminta penjelasan pihak Neelofa serta melaporkan ketidakhadirannya ke majlis itu.
“Orang dah maklum tak dapat hadir, jadi?
“Why so important? Untuk memanaskan keadaan ke?” soal Shawn Amer.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : http://trendingsangat.pw/2021/04/alif-satar-mula-bersuara-mengenai-tuduhan-pelanggaran-sop-pada-perkahwinan-neelofa/