SEJAK kebelakangan ini ramai selebriti dilaporkan mula mengikuti jemaah tabligh bagi mendalami ilmu agama selain mendekatkan diri ke jalan Allah.
Penyanyi Datuk Awie, 53, juga tidak ketinggalan diajukankan soalan oleh peminatnya di media sosial selepas beberapa rakan artis seangkatan dengannya serta selebriti yang lebih muda dilihat berhijrah dengan mengikuti kumpulan tabligh.
Mengulas mengenai perkara itu, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman berkata, cara dan jalan hidup seseorang tidak boleh ditentukan oleh sesiapa melainkan individu itu sendiri.
Selain sambal, Awie turut mengeluarkan produk Ayam dan Kambing Perap.
“Siapa mereka nak tentukan jalan orang. Kalau saya pergi (ikuti jemaah tabligh), sampai 44 hari siapa nak bagi anak isteri saya makan.
“Saya bukan nak menyalahkan sesiapa, ikut merekalah nak ikut jalan mana nak mencari ilmu Allah.
“Adakah kita perlu duduk dalam pertubuhan untuk cari jalan Allah? (Pendapat saya) lebih baik kita duduk berteleku mencari guru, one to one… tak faham boleh tanya orang,” katanya kepada mStar.
Awie ditemui pada majlis pelancaran produk sambal keluarannya, R-WE yang diadakan di Petaling Utama Avenue, Petaling Jaya pada Rabu.
Kalau saya pergi (ikuti jemaah tabligh), sampai 44 hari siapa nak bagi anak isteri saya makan.
Tambah vokalis kumpulan Wings itu, dia tidak berniat untuk memperlekeh pertubuhan tabligh sebaliknya menghorm4ti setiap jalan hidup yang dipilih oleh mana-mana pihak terutama dalam kalangan rakan artis.
“Saya tidak membangkang sebab kita masing-masing ada jalan tersendiri (dalam mencari ilmu agama) dan kita perlu menghorm4tinya.
Tak semestinya kita berpakaian sebegini, kita tak nak jumpa Tuhan. Adakah kita perlu ikut cara orang Pakistan, cara orang Arab seperti berjanggut, berjubah dan berserban itu baru kita nampak suci?” ujarnya.
Awie menunjukkan kepakarannya dalam bidang masakan.
Sebelum ini dilaporkan penyanyi muda, MK daripada kumpulan K-Clique keluar selama tiga hari bersama jemaah tabligh ke Jerantut, Pahang.
Turut sama ialah pelakon Mas Khan.
Dalam pada itu, Awie kini berjinak-jinak dalam bidang perniagaan produk makanan sambal yang didatangkan dalam empat variasi iaitu Sambal Merah, Sambal Ikan Sepat Masin, Sambal Ikan Kembung Masin dan Sambal Paru yang mula diedarkan pada Rabu.
Bercerita tentang ‘kegilaannya’ terhadap lauk berasaskan sambal, bapa kepada enam cahaya mata ini berkata sejak keruntuhan rumah tangga kedua, dia mula belajar memasak kerana ingin menyediakan air tangan masakannya kepada anak-anak.
“Saya tak suka bagi masakan pembantu rumah untuk anak-anak makan. Sejak situ saya mula belajar masak sambal.
“Apabila kita suka makan sesuatu, mesti kita akan ada usaha untuk belajar dan disebabkan itu sekarang saya dah mahir dalam masakan sambal dan ia diterjemahkan dalam bisnes produk makanan saya ini,” katanya.
Ahli tabligh pertahan cara hidup di sebalik kritikan ab4i keluarga
PETALING JAYA: Jemaah tabligh tidak asing lagi dalam dunia dakwah sejak ia dimulakan pada 1920-an oleh Muhammad Ilyas Muhammad Ismail dari India.
Namun sebalik misi dakwahnya, pergerakan itu sering dikaitkan dengan dakwaan pengabaian tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak kerana tempoh berdakwah yang memakan masa antara 4 bulan sehingga setahun membuatkan ada yang terpaksa men1ngg4lkan keluarga masing-masing.
Baru-baru ini FMT mendekati beberapa individu yang dikaitkan dengan jemaah itu di sekitar Lembah Klang bagi mendapatkan penjelasan mereka.
Perjuangan suci kami
Seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Mat, 42 berkata dakwaan tersebut tidak adil kerana mereka suka sekiranya isteri mengikuti mereka melaksanakan misi.
“Tetapi perempuan tidak suka kerja agama yang kami lakukan, lebih pada duniawi sahaja,” katanya.
Mat kecewa masyarakat sering menyalahkan jemaah tabligh seolah-olah menganiaya isteri dan anak-anak sedangkan perjalanan mereka perjuangan suci, bukannnya untuk duniawi.
Beliau cuba menjelaskan misi mereka berbeza dengan wanita yang men1ngg4lkan suami dan anak-anak untuk mencari ilmu.
“Ramai sahaja perempuan yang diberikan kebenaran oleh suami untuk keluar mencari ilmu, tetapi mereka ini akhirnya merugikan saja. Sudahlah tinggal suami dan anak berbulan-bulan, ada yang makan masa bertahun hanya untuk segulung ijazah, sarjana dan PhD.
“Tetapi akhirnya, balik rumah tidak juga bekerja. Si suami pula yang kena tanggung pinjaman belajar dan sebagainya,” kata Mat.
Beliau nampaknya tidak menggemari persekitaran dan sikap masyarakat sekitar melanjutkan pengajian ke menara gading.
“Sudahlah tinggalkan suami, makan minum tidak jaga. Di universiti, ikhtilat (pergaulan) bebas. Campur lelaki perempuan, tidak kira kafir ke Islam. Ibu dan ibu mertua juga sama, siap berbangga anak dan menantu ada ijazah tapi agama kosong,” katanya.
Ditanya sama ada beliau pernah berumahtangga, Mat mended4hkan dia mempunyai seorang isteri di Kedah dan seorang lagi di Narathiwat, Thailand.
Apabila ditanya, adakah isteri pertamanya tahu kewujudan isteri kedua, Mat berkata isterinya tahu tetapi bukan daripada pengakuannya sendiri.
“Rakan jemaah saya yang memberitahu isteri saya tentang itu. Selepas ianya terbongkar, saya menjelaskan keadaan sebenar bahawa saya sudah berkahwin dengan anak gadis di selatan Thailand pada hujung 2010,” katanya.
Mat menambah, dia mengahwini isteri keduanya ketika gadis itu berusia 15 tahun dan masih menuntut di sekolah agama yang tidak diiktiraf kerajaan Thailand.
Selepas 8 tahun berumahtangga, dia dikurniakan 5 orang anak dari isteri pertama dan 4 orang anak dari isteri kedua.
Masjid Jamek Sri Petaling antara lokasi yang dikaitkan dengan aktiviti jemaah tabligh di Lembah Klang. (Gambar Facebook)
Wanita suka k3senangan
Lain pula ceritanya dengan Naseer, 37, yang berkata rata-rata isteri ahli jemaah tabligh tidak kisah ditinggalkan suami asalkan mereka men1ngg4lkan wang perbelanjaan yang cukup.
Pemilik syarikat percetakan di Selangor itu beranggapan wanita adalah ciptaan Tuhan yang sukakan k3senangan.
“Saya pergi Sepanyol berapa lama isteri saya tak tanya pun, ‘bila nak balik?’, tapi dimintanya duit perbelanjaan RM2,000. Ingatkan, saya seorang sahaja, bila tanya yang lain, semua pun sama,” katanya disusuli gelak tawa kecil.
Naseer berkata jika isteri tidak minta sekalipun, rata-rata ahli jemaah tabligh maklum akan keperluan itu.
“Takkanlah kami tidak tahu sebelum tinggalkan isteri mesti tinggalkan nafkah terlebih dahulu? Sebelum berangkat bersama jemaah, kami akan pastikan wang yang ditinggalkan mencukupi supaya tidak berlaku kelaparan dan sebagainya.
“Tetapi masalahnya, perempuan ni tak pernah berasa cukup. Fitrah mereka suka kepada k3senangan. Bila dah bagi duit belanja, dia minta pula duit untuk beli-belah,” katanya.
Naseer menambah, rata-rata ahli jemaah tabligh yang merantau terpaksa berjimat kerana memenuhi permintaan isteri yang mahukan buah tangan seperti emas dan beg tangan berjenama.
“Kalau kami ahli korporat, tidak apa lah juga. Lebih pada itu kami boleh beri, masalahnya ramai ahli jemaah tabligh yang pesara kerajaan dan tidak bekerja. Nak buat macam mana, perempuan mata duitan,” katanya.
Atas alasan itu, Naseer berkata dirinya tidak mahu berpoligami kerana tidak sanggup menanggung beban belanja yang banyak.
Macam isteri Nabi Ibrahim
Ditanya lebih lanjut, Syam, 60, pula mendakwa kehidupan dan amalan setiap ahli jemaah tabligh berdasarkan gaya hidup sederhana para nabi dan sahabat.
“Kami ini diibaratkan seperti Nabi Ibrahim, kami keluar dari rumah men1ngg4lkan anak isteri untuk mencari redha Allah. Ini semua untuk k3senangan akhirat yang selama-lamanya tiada berpenghujung.
“Jangan cakap kami abai isteri dan anak. Kalau isteri tak bising, isteri pun macam Hajar darjatnya,” kata pesara kerajaan yang berasal dari utara Semenanjung itu.
Apabila ditanya adakah isteri dan anak-anak pernah mengadu tentang kegiatannya, Syam mengaku isterinya kerap kali keliru dengan jadual pergerakannya bersama jemaah tabligh.
“Selalu juga dia bising, ‘kenapa balik tak ikut masa?’, kadang-kala cepat dari tarikh asal, kadang-kadang lambat. Tapi okay lah, selagi tak m4ti kelaparan, saya rasa itu bukan isu.”
Beliau berkata anak-anaknya sudah besar, ada yang sudah berkeluarga dan ada yang sedang menuntut di universiti.
“Mereka akan pulang ke rumah pada musim cuti sekolah atau cuti semester, saya akan cuba berada di rumah pada waktu tersebut,” katanya.
Lebih 2 dekad lalu, jemaah tabligh mendapat perhatian dada akhbar di Malaysia, selepas kerajaan Melaka mengh4r4mkan kegiatan tabligh.
Keputusan yang diambil pentadbiran pimpinan ketua menteri ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, didasarkan kepada fatwa mufti negeri yang menganggap ia sesat.
Pengh4r4mannya menerima pelbagai reaksi keras ketika itu.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : http://trendingsangat.pw/2021/04/awie-bagi-penjelasan-kenapa-dia-tak-sertai-tabligh/