Umum sedia maklum, kebenaran rentas negeri masih dilarang sehingga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berpuas hati dengan penurunan kes COV1D-19.
Namun, syarat tersebut dilonggarkan bagi mereka yang mempunyai urusan kerja atau kes kecem4san selepas meminta kebenaran pihak p0lis di lokasi masing-masing.
Terbaru, tindakan pelakon popular Fazura yang memberi komen mengenai ‘rentas negeri’ menerusi program Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS2) malam tadi mengundang perhatian warganet di laman Twitter.
Menerusi perkongsian @farhanzulkefly, Fazura yang menjadi salah seorang juri memberikan komen kepada kumpulan UNI yang dianggotai Atu Zero, Fad Bocey dan Fakhrul UNIC berdasarkan persembahan mereka.
“…sampai seludup mak bapa. Kita kenalah mematuhi peraturan daripada kerajaan, ikut prosedur operasi standard (SOP) kan. Tak boleh rentas, jangan rentas,” katanya.
Bagaimanapun, rata-rata netizen mempersoalkan adakah itu komen umum selain mendakwa terdapat unsur perli kepada individu tertentu.
“Kita kenalah patuh SOP. Tak boleh rentas, jangan rentas” – Fazura
Kahkahkah sekali dia perli kat live show 🤣
— Farhan Zulkefly (@farhanzulkefly) April 2, 2021
Malah ada juga memuji tindakan Fazura, sebagai ‘public figure’ yang mempunyai pengaruh besar sekali gus dapat menasihati dan mengingatkan rakyat mengenai pematuhan terhadap SOP.
Program MLS disiarkan secara langsung setiap Jumaat, jam 9 dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) melalui Astro Warna (saluran 127) dan Warna HD (saluran 107).
Sumber: Twitter
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : trendingkini via TTK