Mesti ramai masih ingat kisah mengenai seorang wanita, Siti Nur Nasuha Safie yang meningg4l dunia akibat komplik4si ketika bersalin tanpa sempat menatap wajah dua bayi kembarnya tahun lalu.
Selepas genap setahun, suaminya Syazwan Najmi Zulkarni membawa anak kembar mereka iaitu Nur Medina Safiya dan Nur Medina Sofiya ke pusara Allahyarham baru-baru ini.
Menerusi laman Instagram, bapa tungg4l berusia 24 tahun itu berkongsi sebuah video memaparkan aksi Safiya dan Sofiya menziarahi arw4h ibu di Tanah Perkubvran Islam Kampung Ketil, Pengkalan Kubor.
View this post on Instagram
“Abiy bawa kakak, adik pergi kubur ibu. Alhamdulilah anak kita dah cukup setahun dah, anak kita dah boleh jalan dah awak.
“Anak kita sihat comel, baik cute macam awak. Saya datang dengan anak-anak ni sedekahkan al-Fatihah untuk awak. Saya dan anak-anak selalu doakan,” tulis Najmi atau mesra dipanggil Mie.
Rakaman video berdurasi dua minit 42 saat tersebut dipenuhi komen pengikutnya yang sayu hati dan seb4k melihat momen kasih sayang anak-beranak itu.
Malah, ada juga individu mendoakan agar lelaki berkenaan terus tabah serta kuat membesarkan cahaya mata selain dirahmati Allah SWT.
Macam tak nak balik je kembar tu…
Sayunya hati tengok…
Moga terus kuat & tabah!
Kami sentiasa doakan
Terdahulu, Allahyarham Siti Nur Nasuha meningg4l dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) apabila tidak sedarkan diri tidak berapa lama selepas melahirkan anak.
Sumber: Instagram Syazwan Najmi
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber :OMM