Isu Illi Najwa selesai, suami disahkan masuk Islam sebelum berkahwin

KOTA BHARU – Kontroversi berhubung perkahwinan Illi Najwa Anuar Hussein Saddique dengan kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar, tahun lalu, telah selesai sepenuhnya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary, berkata Jabatan Agama Islam Johor (JAINJ) sudah menyelesaikan k3s berkenaan.

Beliau menjelaskan, suami Illi Najwa juga memeluk Islam sebelum mereka berkahwin.

Bagaimanapun, katanya, isu memeluk Islam berkemungkinan amat sensitif bagi warga India.

“Oleh itu, kita tidak mahu isu ini ditonjolkan sangat. Apa paling penting ialah matlamat sebenar kita, iaitu dapat menyelamatkan akidah beliau (Illi Najwa),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Program Jelajah Malaysia Prihatin Taklimat Isu Semasa – Pengurusan Pandemik cov1d-19 yang disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Kota di Pengkalan Chepa, di sini, hari ini.

Sementara itu, Ahmad Marzuk berkata, khutbah Jumaat yang disampaikan di masjid berupaya membantu menyelesaikan isu semasa yang berbangkit.

Setiap minggu, beliau berkata, khutbah Jumaat disusun oleh panel yang mencari tajuk bersesuaian dengan isu semasa.

“Khutbah Jumaat yang disampaikan tidak semestinya tidak menarik. Ia barangkali tidak menarik bagi sesetengah pihak, namun menarik pada pihak lain.

“Insya-Allah, kita akan memperbaikinya dari semasa ke semasa.

“Khutbah Jumaat sudah sedap tetapi kadang-kadang orang yang membacanya tidak berapa sedap. Oleh itu, perlu tengok keadaan,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : https://cempedakcheese.com/