‘Saya janji tak akan curang lagi’ – Shuk tak kisah hilang kerja, asalkan keluarga ada di sisi

Pelawak dan bekas penyampai radio terkenal, Shuk Sahar pernah terpalit dengan kontr0versi kononnya bermain kayu tiga tidak berapa lama dulu. Susulan dari kejadian tersebut pihak pengurusan radio dimana Shuk bertugas telah membuat si.asatan dan seterusnya menamatkan kontrak Shuk.

Memetik laporan dari harian metro, Shuk berkata, walaupun kehilangan banyak tawaran kerja termasuk penamatan kontrak sebagai penyampai radio Hot FM, Februari lalu, namun dia bersyukur keluarga masih berada di sisinya.

“Kalau dulu ada duit lebih tapi hubungan keluarga renggang, tapi sekarang saya dapat semula keluarga saya walaupun tawaran kerja banyak hilang,”

“Saya bersyukur hubungan saya dengan isteri dan ahli keluarga semakin rapat. Saya juga bersyukur dapat semula keluarga selepas macam-macam dugaan yang datang.

“Saya anggap kehilangan beberapa tawaran kerja adalah harga yang perlu saya bayar. Saya tak kisah asalkan keluarga bersama saya sekarang ini. Apa yang boleh saya katakan, Sera seorang wanita yang kuat dan saya tak pernah salahkan dia atau sesiapa dengan apa yang berlaku. Malah saya letak semua kesa.lahan atas diri saya,” katanya ketika ditemui pada majlis pembukaan cawangan pertama air minuman, Semooth di Wangsa Maju, di sini, hari ini.

Menurut Shuk, dia menganggap ins.iden hitam yang menimpanya sebelum ini adalah satu pengajaran cukup berharga dan tidak akan mengulanginya lagi.

“Dalam keadaan apa sekalipun, keluarga perlu diselamatkan. Saya tak boleh biarkan keluarga yang saya bina mus.nah atau berg.olak.

“Memang ada kawan-kawan yang datang beri sokongan tapi berapa lama mereka mampu bersama kita. Mujur saya ada ibu bapa yang sentiasa berada di samping saya. Apa yang terjadi adalah satu hikmah dan Tuhan beri ujian kepada individu yang mampu mengharunginya mengikut kemampuan.

“Saya selalu berdoa agar dijauhkan daripada segala dug.aan yang besar seperti ini lagi. Saya ingin hidup bahagia bersama keluarga. Lagipun kesudian Sera menerima saya semula serta memaafkan segala apa yang saya lakukan adalah bukti cintanya terhadap saya cukup kuat. Saya tak tahu bagaimana jika orang lain hadapi situasi sama,” katanya.

Dalam masa sama, Shuk mengakui sed1h apabila Sera terpaksa berdepan dengan pelbagai keca.man selepas mereka kembali berbaik.

“Kasihan juga dengan Sera sebab dia bukan selebriti dan tak pernah berhadapan dengan netizen. Namun, saya selalu nasihatkan dia supaya jangan melayan setiap komen negatif sebaliknya fokus terhadap keluarga ini,” katanya.

Januari lalu, tular di media sosial mengenai pergo.lakan semula rumah tangga Shuk apabila Sera membuat pendedahan di Instagram.

Menerusi beberapa perkongsian hantaran yang dimuat naik di media sosial itu, Sera mendedahkan Shuk masih lagi cura.ng bersama wanita yang pernah dikaitkan dengannya sebelum ini.

Bagaimanapun, pada 8 Februari lalu Shuk sudah berbaik semula dan berjaya memujuk isterinya selepas membuat keju.tan membawa rombongan meminang ke kediamannya.

Shuk juga mengakui kesal.ahan dilakukan dan dia menye.sal. Malah, janjinya selepas apa yang berlaku dia mahu melakukan yang terbaik buat isteri, anak-anak dan keluarga.

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : harian metro via www.seleksinetwork.pw