Meskipun sudah dua minggu berlalu, majlis pernikahan Neelofa dan PU Riz masih lagi menjadi bualan ramai. Mana tidaknya, pelamin bertemakan Jabal Rahmah sudah tentu membuatkan ramai terpesona.
Bukan itu sahaja, busana Neelofa yang diinspirasikan gaya Arabian hooded hasil sentuhan pereka fesyen terkenal Alia Bastamam juga turut menjadi perhatian.
Teruja dengan penampilan anggun Neelofa di majlis pernikahannya itu, seorang gadis dikenali sebagai Nadyiayaya cuba gaya selebriti terkenal itu.
Lebih menjadi perhatian adalah ‘veil’ atau kain layah dipakai oleh gadis tersebut yang kelihatan sungguh ‘unik’.
Siapa sangka, gadis itu mendedahkan ianya merupakan alas meja yang dipinjam daripada jiran sebelah.
Melihatkan perkongsian video itu, rata-rata netizen terhibur dengan kegigihan gadis berkenaan yang gigih sampai meminjam alas meja daripada jiran untuk menghasilkan gaya Neelofa.
Tidak kurang juga, ada yang berselor0h mengatakan selepas ini mungkin harga alas meja akan meningkat naik disebabkan video gadis berkenaan.
SUMBER: TikTok
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gulapop