Siapa Sebenarnya Suami Baru Serina Redzuawan, Bukan Calang calang Juga

MENJELANG Ramadan yang bakal tiba beberapa hari lagi, pelakon Serina Redzuawan sempat mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya yang dikenali sebagai Aidid.

Menerusi perkongsian di Instagram pada petang Jumaat, Serina bersyukur majlis yang diadakan secara tertutup itu berjalan lancar seperti yang direncanakan.

“Bismillahirahmanirahim, sempena hari Jumaat penuh keberkatan, dengan penuh kesyukuran ke hadrat Allah SWT.

Saya nak umumkan saya dah selamat mendirikan masjid bersama suami dan majlis nikah kami secara tertutup sahaja.

“Alhamdulillah diselesaikan yang wajib dahulu, benar jodoh pertemuan, ajal m4ut itu rahsia Allah.

“Dialah yang terbaik yang Allah kirimkan buatku untuk menjadi imam serta khalifah dalam keluargaku,” katanya.

Chef Wan bersama Serina dan suaminya, Aidid.

Serina juga bersyukur perkahwinannya direstui individu paling penting dalam kehidupannya iaitu bapanya yang juga chef selebriti, Datuk Chef Wan.

Pelakon itu berkata majlis meraikan mereka akan diadakan di restoran bapanya yang terletak di ibu kota selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.

Dialah yang terbaik yang Allah kirimkan buatku untuk menjadi imam serta khalifah dalam keluargaku.

SERINA REDZUAWAN

PELAKON

“Terima kasih papa merestui perkahwinan kami, insyaAllah lepas raya kita buat kenduri doa selamat dan makan di restoran papa ya,” katanya.

Aidid bersama dua anak Serina, Tristan dan Isabella.

Tidak hanya itu, Serina turut menitipkan kata-kara buat suaminya yang merupakan seorang penjawat awam yang berstatus duda.

“Sayang terima kasih terima saya seadanya dan kita saling melengkapi kekurangan. Semoga mendapat reda Allah SWT,” tulisnya.

Serina, 38, sebelum ini pernah berkahwin Gavin Edward O’Luanaigh pada 1 Januari 2010 namun disahkan bercer4i talak satu di m4hk4mah Rendah Daerah Petaling pada 1 Ogos 2017.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Tristan Tareef, 11, dan Isabella Saffiya, 10 tahun.

Ciri lelaki budiman, berpelajaran dan beriman memikat hati Serina yang mengumumkan sudah diijabkabulkan dengan Meor. Foto Ihsan Serina Redzuawan

“Kami bernikah secara tertutup. Kami selesaikan yang wajib dahulu,” katanya kepada HIP.

Mengenai suaminya yang berstatus duda tanpa anak, Serina mengakui mereka berkenalan kira-kira setahun lalu.

“Sebelum ini, saya mengaku sedang mengenali seseorang, dialah yang dimaksudkan.

“Dia menyenangi saya, berpelajaran, memiliki peribadi baik, budiman, beriman dan berwibawa. Ini membuatkan saya jatuh cinta dengannya.

“Suami boleh menjadi khalifah terbaik dalam keluarga,” katanya.

Serina pernah mendirikan rumah tangga dengan Gavin Edward O’luanaigh atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar pada 1 Januari 2010.

Terdahulu Cef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan akui masih lagi tr4uma dengan ins1den perkahwinan yang menimpa anak perempuannya, Serina.

Chef Wan mendedahkan perkara itu menerusi beberapa posting terbaharu di akaun Instagramnya selepas Serina meminta kebenaran untuk berkahwin lagi.

Menurut Chef Wan, Serina memaklumkan sudah bertemu dengan calon yang tepat dan mahu melangsungkan perkahwinan mereka sebelum hari raya.

“Dia kata “Papa saya dah bertemu dengan lelaki yang baik, kami sudah mengenali satu sama lain selama hampir setahun.

Sekiranya boleh, saya ingin menikah sebelum hari raya puasa. Boleh tak kami berdua bertemu dengan papa?

“Jadi dua hari lalu mereka datang. Secara neutralnya sebagai bakal bapa mentua saya ada banyak soalan terutamanya selapas peristiwa ter0k yang berlaku pada perkahwinan pertama anak saya di mana dia tidak mahu mendengar nasihat saya dan teruskan dengan per4ngai sombongnya.

“Jadi kali ini saya perlu lebih berhati-hati. Pengalaman lalu masih lagi mengh4ntui saya.

Saya dah tahu dari hari pertama bekas menantu memang b4ngsat, itu sebab nak lepaskan Serina.

Malam nikah itu saya seb4k kerana saya tahu jodohnya tidak akan bertahan lama,” kongsinya.

Namun selepas bertemu dengan bakal menantunya dia dapat merasakan lelaki itu seorang yang baik.

Bagaimanapun, Chef Wan menasihatkan supaya pasangan itu tidak terburu-buru untuk berkahwin memandangkan kedua-dunya pernah gagal dalam perkahwinan sebelum ini.

“Kamu berdua telah melalui pelbagai situasi untuk perkahwinan sebelum ini dan saya harap kamu berdua telah belajar melaluinya.

“Sabar lah dahulu jika nak kawin pun dan ambil masa untuk lebih mengenali antra satu sama lain.

Zaman kini anak muda nak kawin macam kacang putih. Lepas tu tak suka, bercer4i macam tukar pakaian isteri itu.

“Yang menangung segala drama, malu adalah ibu bapa.

Duit kita dah lah habis kawin kan baik-baik tapi luncai akhirnya.

Itu sebab saya kurang bersetuju nak kawin sebelum raya!

“Jadi belajar bersabar kamu berdua dan ambil masa. Jangan ingat gatal nak kawin tapi tak fikir apa yang saya telah nasihat kan tadi. Kita semua ada kekurangan.

“Saya tak nak pisang berbuah duit kali terpaksa melalui peristiwa itu sekali lagi.

Saya penat nak berikan penjelasan macam lah saya ini manusia yang baik dan tak berguna. Itu sangat tidak adil.

“Allah sahaja tahu isi hati saya yang sebenarnya. Cukup lah sekali. Saya Cuma berharap perkara itu tidak berulang. Sebab itu saya minta mereka ambil masa.

“Melihat pada dia (calon menantu) saya boleh katakan dia seorang yang baik tetapi sekali lagi saya katakan, saya perlvk4n lebih masa untuk mengenalinya.

Jadi jangan terburu-buru untuk berkahwin Rina. Tolong dengar nasihat bapa awak kali ini,” coretnya.

Untuk info, Serina dan Gavin berkahwin pada 1 Januari 2010 namun bercer4i talak satu di m4hk4mah Rendah Daerah Petaling pada 1 Ogos 2017 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan Tristan Tareef, 11 dan Isabella Saffiya, 10.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : mStar via TTK