TINDAKAN pelakon kontroversi Indonesia Vanessa Angel menari sambil memakai telekung bertujuan untuk mempromosikan pakaian solat muslimah itu menerima kec4man netizen.
Selain kritikan mengenai aksi tariannya, netizen turut mempertikaikan mengenai corak dan motif pada kain telekung itu yang dilihat tidak sesuai digayakan semasa bersolat.
Ini kerana telekung yang dipakai itu memperlihatkan corak haiwan seperti burung berwarna hitam dan putih.
Menyedari komen yang ditulis pengikut itu, Vanessa mempersoalkan semula mengenai hukvm mengenakan telekung dengan corak sedemikian.
“Jadi sebenarnya boleh ke tidak pakai telekung bergambar binatang, selama ini ibadahku kusyuk dan tidak mengg4nggu jumlah beras keluargamu? Mohon bantu jawab ya guys,” tulisnya.
Vanessa promosi telekung bersama model Nathalie di Instagram.
Pertanyaan Vanessa menerima pelbagai reaksi daripada pengikut dan ada yang memintanya merujuk kepada ahli agama.
Tidak lama kemudian, pendakwah Ustaz Riza Muhammad tampil menjelaskan mengenai hukvm memakai telekung dengan corak haiwan.
“Telekung yang baik adalah yang mengingatkan kita pada kain k4f4n. Yang berwarna sahaja harus berhati-hati, apa lagi yang bergambar.
“Kalau gambar itu meng4nggu orang di belakangnya kerana lebih fokus pada gambar daripada mengingati Allah, maka berdosa,” jelasnya.
Bersempena kedatangan Ramadan, Vanessa Angel mengambil kesempatan menjalankan perniagaan menjual telekung.
Selain Vanessa, isteri Sule iaitu Nathalie Holscher turut membantu mempromosikan perniagaan pakaian solat itu.
View this post on Instagram
Sumber:Mstar
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : http://www.dnq.pw/2021/04/11/vanessa-angel-dikec4m-jual-telekung-c0rak-h4iwan/