“PEMERG1AN Kak Long bukan saja memberi kesan kepada suami dan anak-anaknya, tetapi kami adik beradik sebab arw4h ibarat ibu kedua kami.”
Demikian kata Suryana Abd Rahim ketika bercerita mengenai kisah sed1h kehilangan kakak sulungnya pada Rabu lalu.
Menurut Suryana, kakak sulungnya menghembuskan nafas terakhir pada pukul 3 pagi, 7 April lalu kerana mend3rita kencing manis.
Allahy4rhamah yang berusia 45 tahun men1ngg4lkan suami dan enam anak dengan yang bongsu berusia enam tahun.
Salah satu video yang dimuat naik Suryana di aplikasi TikTok memaparkan anak bongsu arw4h tidak dapat menahan air mata selepas mengetahui berita sed1h mengenai ibunya.
Video tersebut meraih hampir 200,000 jumlah tontonan dengan rata-rata netizen turut sama meluahkan rasa pilu seolah-olah dapat merasai kesed1han yang ditanggung kanak-kanak tersebut.
Allahy4rhamah kakak kepada Suryana yang digelar Kaklong bersama ibu mereka.
“Awal pagi kira-kira pukul 2 semasa semua ke h0sp1tal, anak bongsu kakak, Nia, tak ikut. Pagi esoknya apabila semua bersiap nak ke forensik, baru kami ambil dia. Urusan memandikan dan mengk4f4nkan jen4zah terus dibuat di sana.
“Masa semua keluarga dibenarkan masuk, Nia mula-mula tak mahu… dia tanya ‘kita buat apa dekat sini?’. Tapi bila masuk dan lihat wajah ibunya, dia menangis teresak-esak.
“Sepanjang perjalanan dari h0sp1tal ke tanah perkvburan, dia tak henti-henti menangis. Kami yang melihatnya pun turut sama seb4k,” kata wanita berusia 30 tahun ini.
Mengimbas kembali detik sebelum kakaknya men1ngg4l dunia, Suryana berkata tiga minggu sebelum itu arw4h terkena minyak panas di bahagian kaki kanannya.
Arw4h Kaklong (dua, kanan) gembira ketika meraikan konvokesyen salah seorang anaknya.
“Kesan minyak panas tu kecil saja… macam kita biasa terkena ketika memasak. Kak Long ingat biasa saja, dia pun sapu ub4t. Tapi beberapa hari kemudian kesan dekat tempat tu berubah warna hitam.
“Kak Long pergi klinik untuk cuci lvk4 dan dia dirujuk ke h0sp1tal Sultan Ismail. Mungkin agak teruk, doktor cadangkan bahagian atas tapak kakinya dipotong.
“Selepas pembed4han, Kak Long seperti hilang selera makan. Makan saja pasti muntah. Dia okay tapi lemah. Hari kejadian, pagi tu macam biasa pergi cuci lvk4. Petang tu Kak Long mengadu susah bernafas.
“Tengah malam, Kak Long start kejang. Anaknya call ambulans dan dikejarkan ke h0sp1tal tapi tak dapat diselamatkan. Sebelum ini Kak Long pernah jadi macam tu juga… sebab tu tak sangka kali ini dia terus ‘pergi’,” ceritanya yang menetap di Johor Bahru, Johor.
Kak Long ni sebiji macam mak… cara berpakaian, perwatakan, pandai masak, pandai jahit. Dia jadi pengubat rindu dekat mak yang tinggal di Kelantan.
SURYANA ABD RAHIM
ADIK BONGSU
Merupakan anak bongsu daripada sembilan adik beradik, Suryana menyifatkan arw4h kakaknya sebagai seorang wanita yang terlalu baik, selalu mementingkan adik beradik, ceria dan sedikit pendiam.
“Sebelum kaklong, abang nombor tiga men1ngg4l tahun lalu… tinggal berlapan. Enam beradik menetap di Johor. Kak Long dekat Pasir Gudang. Kak Long ni sebiji macam mak… cara berpakaian, perwatakan, pandai masak, pandai jahit. Dia jadi pengubat rindu dekat mak yang tinggal di Kelantan.
“Setiap hujung minggu, kami adik-adik wajib berkumpul di rumah Kak Long sebab dia suka menjamu. Dia akan layan permintaan adik-adik dan masakkan makanan kegemaran kami.
Berhimpun bersama keluarga besar di kampung di Kelantan, tahun lalu.
“Kini kalau pergi ke rumahnya, mesti rasa kosong. Kakak saya yang nombor empat beli rumah berdekatan dengan Kak Long sebab nak berjiran dengannya. Tapi dia kini pun rasa tawar hati untuk pindah sebab Kak Long dah tiada,” katanya lagi.
Tidak menyangka perkongsian video tersebut menjadi tular, Suryana berkata dia terharu dengan komen-komen positif netizen.
“Saya sekadar mahu abadikan memori… tak sangka ramai yang terkesan. Malah ramai yang mendoakan untuk arw4h juga. Terima kasih sangat-sangat kepada yang berdoa dan memberi kata-kata semangat untuk kami sekeluarga,” katanya lagi.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : mstar