Jika Dia Nak Rujuk Semula, Saya Tetap Tak Mahu,” – Tegas Bekas Isteri Radhi OAG

Bekas isteri kepada vokalis kumpulan OAG, Radhi iaitu Nur Shahira Ayu Zahiri yang mengakui penyanyi berkenaan telah pun melafazkan cer4i talak satu kepadanya pada 25 Mac lalu mengakui suaminya ada menyampaikan hasrat untuk kembali bersama.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#RadhiFitri

A post shared by muhammad radhi razali (@radhioag) on

Malah kata Ayu, Radhi menyesali perbuatannya itu sambil mengakui dia terlalu ikutkan perasaan pada waktu melafazkan t4lak.

Namun memetik laporan mStar, Shahira Ayu atau lebih mesra dipanggil Ayu, 25, nekad dengan keputusan untuk meneruskan kehidupan bersama anak-anak tanpa suami.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

I quit @marlboro_sigar because of @pediasure *oi! SORRY Y’ALL THAT WAS AN HONEST MISTAKE! All Apologies mr. @marlboro my bad all the way #maluapabroku

A post shared by muhammad radhi razali (@radhioag) on

“Sebenarnya Radhi sudah melafazkan cer4i kepada saya pada 25 Mac yang lalu dan hari yang sama tu juga saya tidak lagi tinggal bersamanya di kediaman kami.

“Selepas daripada itu, dia ada juga beberapa kali memujuk untuk kembali bersama tapi sejujurnya saya sudah nekad dengan keputusan ini.

“Jika dia nak rujuk semula, saya tetap tak mahu. Saya mahu meneruskan kehidupan baharu bersama anak-anak tanpa dia,” katanya seperti yang dipetik.

Dalam perkembangan lain, wanita berusia 25 tahun itu juga turut menjelaskan dia dan Radhi sudah pun memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah, Petaling Jaya 3 Jun lalu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#Infiniti #AllWeNeedIsLove #AllahIsAllWeNeed

A post shared by muhammad radhi razali (@radhioag) on

“Saya dan Radhi sama-sama ke mahkamah pada 3 Jun lalu untuk memfailkan percer4ian kami. InsyaAllah dalam masa terdekat ni kami perlu ke mahkamah untuk sebutan percer4ian.

“Saya harapkan semua orang dapat mendoakan yang baik-baik untuk saya dan Radhi,” ujarnya.

Radhi dan Ayu berkahwin pada 14 April 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Nur Aisyah, 4, dan Muhammad, 3.

Dua orang anak mereka buat masa ini masih berada di bawah penjagaan Ayu dan Radhi sentiasa dibenarkan untuk bertemu dengan mereka pada bila-bila masa.

Sebelum ini Radhi pernah berkahwin dengan Shazlin Sharif pada 1 Januari 2005 dan bercerai pada 8 Jun 2010.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: MH