Selepas melahirkan seorang bayi lelaki pada 21 Mei 2019, isteri kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, Oksana Voevodina dilihat semakin anggun apabila memuat naik gambar semasa memberi ucapan hari raya di Instagram miliknya.
Bekas ratu cantik Rusia ini menyifatkan bahawa kehadiran Tengku Ismail Leon Petra Bin Tengku Muhammad V Faris Petra sebagai satu rahmat buat dirinya dan dia turut meluahkan rasa syukur diatas kehadiran cahaya mata pertama mereka.
Terbaru, Oksana telah memuat naik satu gambar dia bersama Tengku Ismail Leon di laman instagramnya yang menggunakan nama Rihana Petra. Apa yang menarik perhatian adalah dia pertama kalinya memuat naik gambar beserta kapsyen didalam bahasa melayu selepas bergelar isteri kepada Sultan Kelantan.
Menerusi gambar tersebut, Oksana menyatakan bahawa kehidupan mereka berdua semakin bahagia dengan kehadiran Tengku Ismail Leon sebagai penyeri dalam rumahtangga.
Alhamdulillah, sekarang kami adalah keluarga yang bahagia dan sifat kekeluargaan adalah penting dalam kehidupan kita semua. Oleh itu, diharap kita sama-sama menjaga keluarga kita dan juga satu sama lain. Dan semoga kita dan ahli keluarga kita terus sihat sejahtera dan sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah swt.
Menerusi ruangan komen daripada posting tersebut, rata-rata rakyat begitu teruja dengan ucapan dalam bahasa Melayu yang dimuat naik oleh Permaisuri Kelantan itu. Mereka turut mendoakan keluarga Sultan Kelantan agar sentiasa bahagia dan berada di bawah rahmat-Nya.
U deserved all the love you get…
May Allah bless your family…
Congrats and thanks for al the beautiful doa and wishes…
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: IG @Rihanapetra via OMM